2,900 rakyat Malaysia menghidap kanser kolon

PETALING JAYA: Setiap tahun, kira-kira 2,900 rakyat Malaysia, terutama lelaki Cina berusia 50 tahun ke atas, dikesan menghidap kanser kolon, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Lokman Hakim Sulaiman.

Kanser ini juga adalah yang kedua dikaitkan dengan kematian penghidapnya, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bengkel Projek Komuniti Ujian Saringan Kanser Kolon 2011 di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Advokasi Kanser Malaysia (Empowered), Dr Christina Ng, berkata pihaknya akan mengendalikan sebuah bengkel bagi mendidik serta menyediakan ujian saringan kanser kolon kepada golongan kurang bernasib baik di Selayang dan Gombak.

"Bengkel itu akan diadakan pada 20 November di dewan komuniti PPR Taman Wahyu dan kira-kira 20,000 penduduk di kawasan ini, termasuk PPR Intan Baiduri serta PPR Taman Prima Selayang, dijemput menyertai program berkenaan.

"Mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, akan berpeluang mengikuti program ujian saringan menggunakan 'Fecal Immunochemical Test (FIT)' bagi mengesan sama ada mereka menghidap kanser kolon atau tidak, meskipun simptonnya mungkin tidak ketara," katanya.

Beliau berkata, mereka yang berkeputusan tidak normal akan dihantar menjalani ujian lanjut 'colonscopy' di hospital yang dilantik mengendalikan saringan berkenaan.

Sumber: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.