Orang tua lebih rajin basuh tangan

Membasuh tangan

Menyah kuman dan membasuh tangan dengan kerap adalah perlu untuk membasmi bakteria berbahaya. Kajian Dekontaminasi Dettol mendapati bahawa produk-produk anti bakteria adalah paling berkesan untuk menyah kuman bakteria patogenik daripada permukaan-permukaan biasa dalam rumah berbanding sabun atau detergen biasa atau air semata-mata.

Kajian kebersihan yang diarahkan oleh Dettol sebelum ini menunjukkan bahawa membasuh tangan dengan sabun anti bakteria dan air telah terbukti dapat mengurangkan penyakit.

Penemuan unik daripada Kajian Tingkahlaku Dettol menunjukkan bahawa tingkahlaku menjaga kebersihan yang dipertingkatkan dapat melindungi kesihatan dengan menghalang jangkitan kuman. Dijalankan di 12 buah negara di seluruh dunia dan melibatkan 12,000 orang responden, kajian ini mengenal pasti faktor-faktor tingkahlaku dan sikap yang mempengaruhi amalan kebersihan dalam konteks penjagaan peribadi dan kediaman.

Secara khususnya, ia meneliti ciri-ciri peribadi, sifat-sifat, demografik dan kelaziman sosial berkaitan dengan amalan kebersihan yang baik serta keadaan kesihatan.

Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa keprihatinan memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan yang lebih baik di kalangan warga Malaysia.

Selain itu, rakan sebaya turut mempengaruhi tabiat-tabiat kebersihan. Anehnya, usia adalah pengaruh terbesar ke atas tingkahlaku kebersihan di Malaysia di mana warga tua dilaporkan lebih kerap membasuh tangan dan membersih permukaan berbanding warga muda. Maka, usia juga turut dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik.

"Berdasarkan kajian tingkahlaku ini, terdapat perbezaan dari segi tingkahlaku berkaitan kebersihan antara generasi tua dan muda di Malaysia. Ia menunjukkan hanya warga tua yang lebih cenderung untuk menjaga kebersihan. Maka, kita perlu mendidik warga muda dan menggesa mereka untuk menjaga kebersihan bagi mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit di negara ini.

"Maklumat yang dikumpul daripada kajian ini boleh diaplikasi dalam menghasilkan usaha pendidikan yang lebih berkesan bagi menggalakkan perubahan tingkahlaku demi tabiat kebersihan yang lebih baik, khususnya di kalangan warga muda," kata Dr. Christopher Lee.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.