Kita semua berisiko!! CTS

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Hari ni macam terdetik pulak nak cakap pasal sindrom carpal tunnel. Sebelum tu just nak tanya. Korang penah tak rasa kebas ke? Rasa sakit2 atau lenguh2 terutamanya pada bahagian pergelangan tangan lepas online FB 4 jam, lepas gayut telefon lama2? Kalau ada, sila beri perhatian ok ;)

Sindrom ni jadi bila saraf median dekat pergelangan tangan kita tersepit. Benda ni sebab terowong yang ada kat bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan kita jadi semakin sempit.


Gambar ni munkin lebih jelas kot. Korang nampak kan median nerve tu? Saraf tu la yang tersepit.


Terowong tu dia bagi laluan dan perlindungan untuk saraf median. Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya sarat ni tak berfungsi dengan baik, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Simptom dia start slow2. Biasanya rasa sakit start kat bahagian pergelangan tangan dan boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan. Bahaya kan?

Simptom:
  1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil.
  2. Sakit - pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.
  3. Lemah - tangan rasa lemah even boleh menyebabkan objek yang korang pegang jatuh. 
So kalau korang biasa goyang2kan tangan/pergelangan tangan lepas buat kerja, mungkin itu salah satu simptom sindrom ni.
Perngguna komputer tegar seperti blogger, geng2 IT turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel. Kalau korang punya pekerjaan yang banyak melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulang-ulang dan dengan kuat. Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

Kaedah rawatan

Bagi yang tak teruk sangat, korang boleh kurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil langkah paling mudah dalam muka bumi ni iaitu rehatkan tangan tu. Ada juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

Maklumat ni mungkin boleh membantu terutamanya bagi golongan yang suka mengadap depan laptop/PC lama2.













Untuk maklumat lanjut, boleh layari Athritis Foundation Malaysia dan sumber Sindrom Carpal Tunnel

p/s: rasanya kena buat exercise pergelangan tangan sebelum buat kerja lah ;P

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.