Sekarang musim raya, so kebanyakan mood raya masih menebal di dalam sanubari. Bagi yang single mingle, setiap masa pun mahu start engine moto/kereta menziarahi sahabat handai. Bagi yang sudah berkeluarga, tentu agak sibuk melayan tetamu yang menziarahi. Saat-saat menyambut bulan Syawal ini, besar hati hambe untuk berkongsi beberapa perkara terutamanya buat mereka yang bergelar ibu dan bapa.
1. Kalau rumah/kampung korang dekat dengan tali air, longkang besar, jalan raya, sila dapatkan anak anda dengan kadar segera jika mereka tidak kelihatan di rumah.
2. Pastikan jika mereka nak keluar beraya bersama rakan, ada orang dewasa yang turut sertai rombongan tersebut.
3. Jika mercun berbunyi berdekatan rumah anda, pastikan anak2 korang ada dalam rumah.
4. Jika rumah sunyi semacam je, sila periksa rumah supaya anak2 korang masih berada dalam keadaan yang sihat walafiat di rumah.
5. Istilah 'rumah terbuka' perlu di perhalusi. Pastikan yang datang itu orang yang kita kenali. Dan jangan biarkan pintu sentiasa terbuka.
6. Waktu lepas zohor adalah waktu yang best untuk korang tidur sebab dah puas beraya sebelah pagi. So pastikan anak2 korang tak keluar waktu2 macam ni.
Sekarang ni macam2 hal kita dengar. Putus tangan kena mercun, kena culik, lemas, rogol dan bakar, rumah masuk ular, kanak2 kena gigit kera...ish...tak tau nak cakap lagi. Punya banyak isu. So mak bapak main peranan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anak2 korang. Jadikan Syawal kali ni suatu yang bermakna untuk family korang ok!
Pastikan korang TAHU anak korang kat mana sekarang ;)
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.