Petua Mencari Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Rasulullah SAW berpesan bahawa malam lailatul qadar akan berlaku dalam satu malam dari 10 malam terakhir bulan ramadhan dan ianya jatuh pada hari yang berangka ganjil. Imam Ghazali memberi tips bagi umat Nabi Muhammad SAW mencari lailatul qadar.

Ia bergantung jika 1st Ramadhan jatuh pada:

  • Isnin - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
  • Selasa atau jumaat - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
  • Khamis - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
  • Sabtu- malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan;
  • Ahad atau rabu malam - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan;


Tanda-tanda malam lailatul qadar.

  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  • Pada malam lailatul qadar, malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba merasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Jom kita bersama-sama memeriahkan bulan ramadhan tahun ni. Berdoa dan berusaha agar kita semua di kurniaan Allah malam mulia itu. Wallahualam...

Sumber: Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

p/s: Alangkah bertuahnye kan dapat temui malam Lailatul qadar...

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.