
Barang-barang di rumah baru kini berada dalam keadaan seperti kena C4. Sijil-sijil, senduk, tali tape, rempah ratus. Ahh..pedulikan ia. Kalau ketika itu ingin mencari, sah lah tidak akan dijumpa.
Si isteri kelihatan tekun mengemas barang dapurnya. Si suami pula sibuk mengimaginasikan katil, almari dan rak-rak lain untuk dicantumkan semula.
Minggu ini pindah rumah, minggu ini juga lapor diri di UM, orietasi lagi...kabinet dapur, grill, pendawaian...Uhhh..amat letih sekali minggu ini.Tidak ada apa-apa lagi yang ingin diperkatakan.
p/s: Ohh ya. Hari ini telah diserang selesema yang teruk. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.