Tips Eco-Friendly

Disini aku ingin berkongsi tips-tips yang mungkin berguna untuk mereka yang mencintai alam sekitar.

1. Bawa bekas makanan sendiri apabila ke kelas, pejabat atau ke mana sahaja korang pergi. Bekas makanan yang mempunyai tanda "BPA Free" adalah digalakkan.

2. Guna semula bungkusan-bungkusan McD (yang dalam bentuk kertas tu) ke mana sahaja anda pergi. Kalau pandai jaga, mungkin boleh guna berulang-ulang kali.

3. Bagi penggemar nasi lemak, digalakkan membeli nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Ini kerana daun pisang adalah bahan semulajadi dan mudah terurai dengan sendirinya.

4. Beli shopping trolly. Korang boleh bawak pergi pasar, tesco, giant dan sebagainya tanpa sakit tangan dan boleh meminimakan penggunaan plastik.

5. Bawa botol air sendiri dari rumah.

 p/s: minum air 8 gelas sehari dapat mengurangkan dehydration.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.