
Kenapa nak ambil kisah pasal mereka?
Mereka orang arab, kita orang melayu..mereka duduk jauh dari kita bahkan bukan satu negara pun. Jumpa lagi la tak pernah. Kenapa nak ambik kisah? Jawapannya adalah kita dengan mereka ada persamaan. Mereka ada khalimah "La ilaha illallah, muhammad ya rasulullah". Kita pun ada. Kalimah tauhid yang sangat agung yang setiap muslim sebut dalam solat. Selain tu, hadis yang cukup populer ni juga menekankan bahawa sesungguhnya Islam itu bersaudara. Ya kita dengan abdullah, karrim, omar, zayyid dekat Palestin dan Syria tu bersaudara. Yakinlah bahawa mereka saudara kita.
Dengan perkembangan isu Palestin dan Syria di Malaysia ni, boleh dikatakan sangat memberansangkan di mana penglibatan anak muda dah mula meningkat. Pemahaman dan kesedaran betapa pentingnya sifat ambil tahu antara umat Islam kian menebal.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Aku pohon anak muda kat luar sana yang update dengan isu semasa, yang ada kemudahan internet, gadget bagai yang membolehkan korang mencapai maklumat berkenaan isu-isu agama, especially isu kat Palestin dan Syria ni, sebarkanlah semampu yang boleh. Gunakan segala media yang ada untuk membangkitkan kesedaran dan sifat ambil tahu di kalangan kawan lelaki korang, jiran, rakan opis, follower twitter atau blog dan masyarakat umum.
Ingatlah satu hari nanti di hari pembalasan, bila anak-anak kecil, pakcik makcik, atok nenek yang gugur syahid di medan perang tuntut kat kita kenapa tak tolong mereka, apa kita nak jawab? Dengan sedikit usaha yang tak seberapa nih moga-moga di angkat Allah sebagai satu pengecualian bila kita dituntut di padang masyar kelak. InsyaAllah.
Perhatian!
Kepada yang aktif main facebook, twitter, blog atau ape benda lagi yang seangkatan dengannya, aku nak mintak tolong korang gunakan laman sosial ni sebaik yang mungkin. Kalau setiap hari korang boleh tweet kat twitter atau post kat dinding facebook tu sampai 10-20 posting, at least korang bagi peluang at least 1% info berkenaan umat Islam. Kalau takde idea pun, korang boleh amik kat tempat lain pastu share dekat page korang. Itu dah cukup cantik tuh. Rasulullah SAW pernah berpesan, sebarkanlah walau satu ayat.
Korang bantu agama Allah, Yakinlah, pertolongan Allah pasti datang kat korang. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.