Mini RaSE: Duduk2 Baca Quran KLCC
Hari ni aku nak berkongsi dengan kalian pasal Mini RaSE. Ape kebende nye Mini RaSE tuh? Kalau tak silap aku Mini RaSE adelah Mini Ramadhan's Special Events. Program yang di dijalankan oleh sebuah persatuan yang dikenali sebagai Weekenders Club. So apa yang menarik tentang program Mini RaSE nih? Hah! Ni yang paling SYOK nak habaq mai ni.
Pada 21th July 2013, hari Ahad, mulai pukul 6 petang sampai 7 petang, Weekenders Club akan mengadakan program Duduk-Duduk Baca Quran (DDBQ). Konsepnya? Korang boleh tengok kat video ringkas ni program Duduk Diam Untuk Gaza (DDUG) yang Weekenders pernah anjurkan sebelum ni.
Objektif DDBQ:
membudayakan bacaan Quran di tempat awam dan untuk nampakkan yang Quran ni praktikal, boleh dibaca di mana2. Dan jugak untuk ambil kesempatan dan fadhilat bulan Ramadhan sebagai bulan al-Quran.
Apa yang perlu dibawa?
- Al-Quran
- Telekung (Wanita)
- Kain pelikat (Lelaki)
- Tikar
- Makanan Iftar (potluck)
- Flyers (sebarkan Islam, kesedaran umat e.g. palestin, syria etc.)
Kesimpulannya: Sila lah meramaikan majlis ilmu nih. Ganjaran pahala yang sangat besar. Apa? Tak dapat datang? Boleh dapat pahala juga. Sebarkan program nih. Gunakan segala networking yang korang ada untuk ajak seberapa ramai manusia sebanyak mungkin. Bagi yang nak datang boleh menyatakan ke'join'an anda di Weekenders Club Events di SINI. Jom bersama-sama menghayati keindahan Islam. InsyaAllah
Sumber: Weekenders Club FB
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.