Jerebu...Ape kena buat?

Assalamualaikum dan samat pagi


1. Vulnerable people (golongan berisiko tinggi)

  • kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah


2. Langkah pencegahan penyakit bawaan jerebu

  • Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
  • Kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
  • Minum air banyak-banyak.
  • Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
  • Penutup hidung dan mulut (face mask) hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik (berlanjutan) hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera.
  • Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
  • Sentiasa mendapatkan maklumat terkini dari sumber yang dipercayai (DOE, MOH etc).
Sumber: MOH, Malaysia


No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.