Assalamualaikum dan samat pagi
Manggis..ohh manggis..
Manggis dalam bahasa latin Garcinia mangostana L merupakan keturunan Clusiaceae. Buah manggis dikenali sebagai Queen fruit atau ratu buah dan yang menjadi rajanya adalah durian. Sementara buah nangka dikenal dengan sebutan jack fruit (tiba-tiba).
Manggis ade banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. Selain dapat menyejukkan badan daripada panas (memakan durian banyak), manggis juga mempunyai banyak manfaat terutamanya kulitnya.
Buah manggis mengandungi sejenis fitonutrien yang kuat iaitu Xanthone. Xanthone dikenali sebagai antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas iaitu penyebab penyakit degeneratif seperti jantung, strok dan kanser.
Xanthone boleh bagi kesan positif kepada fungsi badan menjadi lebih sihat. Ia bermanfaat menghalang proses degenerasi sekaligus merangsang regenerasi sel rosak sehingga menjadikan awet muda.
Kulit buah manggis mengandungi xanthone 27 kali lebih banyak daripada isi buahnya. Kandungan antioksida dalam kulit manggis 66.7 kali lobak dan 8.3 kali limau. Biasanya orang buat jus. Cara nak buat jus kulit manggis korang boleh refer link nih--->> Cara Membuat Jus Kulit Buah Manggis
Buah manggis boleh digunakan untuk mengubati buasir, keputihan, tonsil, cirit birit, batuk dan sakit gigi manakala kulitnya pula baik untuk memelihara kesihatan kulit, merawat sembelit, sakit mulut dan kejang.
Sumber: Tupai.com.my
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.