Pray for MH370

Assalamualaikum dan selamat tengah hari

Kecoh negaraku Malaysia berikutan isu misteri kehilangan pesawat MH370.
Spekulasi memang tak hengat.
Masing-masing ade teori.
Tak kisah la, kat warung kopi ke, stesen LRT ke, dalam kelas ke
Semua orang dok bincang.

Baguslah.
Nampak rakyat Malaysia sekarang tak macam dulu
Makin berkembang mindanya.
Makin terbuka.

Memberi idea boleh.
Cipta teori pun boleh.
Tapi haruslah ambil kira perasaan keluarga penumpang MH370.
Jauhi lawak-lawak tidak bijak di dalam teori dan idea.
Kurangkan 'post' berita yang tak sahih di FB.
Buat semak feeds dan jadi lebih keliru.
Pakar ada biaq pi depa buat keje depa.

Kita? Doakan yang terbaik.
Agar selamat semuanya.
Selagi tak ade berita muktamat, anggaplah semua penumpang dalam keadaan baik-baik je.
Jangan behenti berharap.

Kepada keluarga penumpang MH370, bersabarlah.
Tawakkal hanya kepada Allah.
Sebaik mana perancangan kita, perancangan Allah jualah yang lebih baik.
Bersangka baiklah kepada Allah.
InsyaAllah..


Nota: Pray for Syria, Palestine, Ruhingya, fi kulli maakan.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.