Tips Bershopping di IKEA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entri kali ni just nak berkongsi tips-tips bershopping di IKEA. Rasanya, bagi mereka yang dah familiar dengan IKEA, sure dah tahu apa yang nak di buat kan? Ini sekadar sedikit perkongsian dari regular customer kaca mata seorang pelanggan. hehehe

1. Plan apa nak beli.

List dulu ape yang nak di beli. Then kalau rumah ada internet, bukak website ikea.com.my untuk search barang tersebut.

*Kalau barang yang nak dibeli, besar dan nak jimat, bawak kereta besar. So tak perlu lah nak guna delivery service. Charge penghantaran adalah RM75/trip. Anda boleh je guna servis ni kalau shopping barang yang tersangat besar dan banyak. Berbaloi.

2. Perkara yang perlu diberi perhatian ketika surfing barang di website ikea
  • Harga (sudah tentu)
  • Article number. Contoh (902.613.85)
  • Product availability (ade stock atau tak)
  • Lokasi barang (Rak: Seksyen)
3. Simpan (save) segala maklumat di atas. Nak senang, ambil gambar je. 

4. Waktu nak bershopping (weekends)

Digalakkan untuk datang awal. Biasanya penulis akan gerak seawal 845am. Di sebabkan rumah dekat dengan IKEA, dalam pukul 900am dah sampai. Waktu macam ni memang sangat heaven untuk bershopping..

Berikut merupakah sedikit maklumat berkenaan tempoh beroperasi IKEA

Store opening hours:
Mon - Thurs: 9.30am - 10pm
Fri - Sun, eve & on public holidays: 9.30am - 11pm 

5. Register Ikea Family 

Anda boleh register di kioks-kioks yang disediakan di dalam premis IKEA. Kalau belum register, datang la awal. Kalau tak, sure kena beratur sebab sentiasa ada orang. Register free je. Nak tahu benefits Ikea Family ni boleh surf kat sini -->> What are the benefits (Ikea Family)

Bila dah jadi member, anda akan dapat point bila bershopping kat Ikea. Kalau bershopping masa bulan birthday anda, akan dapat 3x bonus. $$$. Kalau ada promotion, member akan dapat tahu lebih awal dari bukan member. Menarik bukan?

6. Counter searching

Anda boleh guna pc yang terdapat di kaunter-kaunter untuk search barang yang anda nak cari. Mana lah tahu kan anda terlupa nak survey masa kat rumah. Tips, datang awal, sure senang nak guna. Kalau tak pun, boleh mintak pekerja Ikea tolong periksa. Senang.


Ikea adalah tempat yang sangat hactic. Thats why perancangan awal tu penting. Bukan apa, bila takde perancangan, banyak masa yang akan terbuang. Cuba bayangkan, dengan bawak troli, stroller anak, orang ramai dan padat, nak bergerak pun akan jadi macam siput. So dengan sedikit perancangan awal, anda dah tahu nak pergi area mana. So taklah stress nak bershopping dan tidak berlaku sondol -menyondol di dalam Ikea. Selamat bershopping! Sekian.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.