Nak Kaya

Pos Ini Bukan Tentang Lubang Hidung


Dengar dalam radio sinar.fm pagi tadi pasal kes penipuan siber yang menjadi-jadi di dalam negara. Dimaklumkan lebih kurang RM3.3 Juta nilai yang dilaporkan setakat ini berkaitan kes penipuan skim-skim cepat kaya.

Ramai yang nak kaya tapi kurang sikap sabar. Invest ringgit malaysia ratus dan ribu hari ini dan mengharapkan pulangan/keuntungan juta-juta esok hari.

Keinginan dan impian tinggi melangit itu takde salahnya, cuma berpadalah. Jika merasakan kurangnya ilmu, pergi siap-siap untuk menuntut ilmu. Cari guru yang boleh membimbing. Bukan guru yang membuatkan anda lebih terumbang ambing.

Morale of the story: Research

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.