Tips elak kena tipu online shopping

Perkara ni dah besa berlaku. Yang peliknya makin ramai yang terkena. So diriku terpanggil utk kongsi beberapa tips utk elak kena tipu mase ber-shopping online.

1. Check status penjual.

Tanya saja encik google.com.my. Cara nak tanya? Taip je _______ (nama page/nama penjual)+scam/scammer/tipu. Then tengok result cane. Search sepuas hati yang mungkin.

2. Status SSM

Lebih selamat jika anda berurusan dengan mereka yang sudah punyai sijil perniagaan yang sah dari ssm Malaysia. Cara nak tahu, tanya je. Anda boleh tahu samaada sijil.perniagaan itu wujud atau rekaan dengan memeriksa di website rasmi ssm Malaysia.

3. Asking for COD

Cash on delivery (COD). Jika penjual membenarkan cod, pilihan ini lebih baik dan risiko untuk ditipu itu rendah. Limitasi cod adalah cara ini hanya sesuai untuk mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang dinyatakan oleh penjual untuk urusan tersebut. Amat digalakkan untuk anda menjalankan cod dengan membawa teman melebihi 2-4 orang sebagai langkah keselamatan tambah-tambah anda adalah seorang wanita comel.

4. Jangan bank-in duit anda

Jangan sesekali anda bank-in duit anda ke akaun mana-mana yang penjual arahkan sebelum anda membuat kajian 3 langkah di atas.

Langkah-langkah di atas hanya buah fikiran admin selaku perniaga online yang tegar dan sah di sisi undang-undang perniagaan Malaysia.

Jika anda punyai buah fikiran yang ingin dikongsikan, admin amat berbesar hati menjemput anda kongsikan di ruangan komen.

Morale of the story: Research!

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.