Posting kali ni bukan nak promot jual barang. Just nak share dengan korang semua untuk memilih pemakanan yang lebih sihat.
Berikut merupakan kenyataan seorang peserta cabaran jantung sihat Quaker.
"SAYA tak boleh tinggal nasi lemak untuk sarapan, sebelum tidur pula saya pasti makan makanan ringan," jujur akui Chua Yew Han tentang amalan pemakanannya sejak bertahun-tahun lalu.
Tabiat pemakanannya itu akhirnya menjerat diri apabila doktor mengesahkan tahap kolesterolnya agak tinggi dan boleh membahayakan kesihatan.
Daripada situ dia mengambil keputusan menyahut cabaran jantung sihat Quaker dengan mengambil dua mangkuk bijirin oat Quaker setiap hari. Yew Han berjaya menurunkan paras kolesterolnya kepada 21.8 peratus sekaligus menjadikan beliau salah seorang pemenang utama Cabaran Jantung Bijak Quaker 2011.
Menurut Yew Han, dia hanya perlu mengambil 70 gram bijirin oat setiap hari selama 30 hari dan mengamalkan gaya hidup sihat.
"Minggu pertama cabaran memang amat getir, bayangkan saya tidak mengambil nasi lemak langsung dan hanya makan dua mangkuk oat Quaker sebagai ganti.
Sementara itu pemenang utama, Normala Nordin berjaya menurunkan paras kolesterolnya sehingga 32.89 peratus.
Sumber: Utusan Malaysia oleh NOOR FAZRINA KAMAL
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.