Bahaya Tonton Olympic London 2012

Assalamualaikum & Slamat sejahtre,

Sejak 27th Julai sampai hari ni, mesti ramai giler manusia dok tonton sukan Olympic. Nak pi sana takdak duit. Nak tengok TB pun takdak ASTRO. So aku tengok skali skale je. Kalau isu-isu best layan jugak terutamanya badminton. (Sebab ni je sukan yang aku rase berbaloi nak tengok)

Aritu tengok dekat rumah mertua, siap ade channel khas lagi untuk sukan nih. Macam-macam jenis sukan dia tunjuk. Setiap channel ade sukan masing-masing. Tekan punya tekan, kalau takde badminton, angkat berat, terjun...tutup TB ;) Memilih tol aku nih.

Sebut pasal bahaya tengok sukan ni. Memang bahaya habaq hang. Bahaya boleh wujud apabila penonton yang dok tengok tu minat gila dengan sukan tertentu. Bila dah minat tentu dia stay-up sampai koyak mata semata-mata (berapa banyak mata daa....) untuk layan sukan tu sampai tahu sape dapat pingat mas.

Besenye pagi keje, so time malam atau pagi buta la time nak menonton! Menurut kajian, kurang tidur boleh mengganggu memori otak bahkan sampai ke tahap bunuh diri. Katanya, mereka yang kurang tidur ni mempunyai hormon stress compare dengan orang yang cukup tidur.

Menurut Harvard Woman's Health Watch, seseorang yang kurang tidur cenderung untuk mengalami masalah kesihatan seperti kurang berat badan, darah tinggi dan mengurangkan daya ketahanan badan.


Bahaya kan? Tak pasal-pasal Olympic 2012 London kena. ;) So macam bese lah,  bila tak cukup tidur, ia sedikit sebanyak akan menganggu tugasan harian. Bila kurang rehat, mata penat. Nak pergi kerja naik kereta/moto. Kalau dah ngantok sangat, nanti ada jugak yang langgar dinding terowong. hehehe Root cause macam ni la yang perlu kita jaga bagi mengelakkan daripada berlakunya apa-apa kejadian yang tidak di ingini.

Cukup tidur, insyaAllah badan sihat, otak cergas. Jangan lupa minum air masak/zam-zam air sebelum tidur. Hypothesis hari ini: Seseorang yang tidak cukup tidur;
  • mempunyai potensi untuk mengalami masalah Muscular skeletal disorder (MSD)
  • terlupa zip seluar
  • punch card merah
  • terlupa ambil anak di sekolah
  • terlupa no. hp sendiri

p/s: bila korang stay-up dan suatu ketika rasa ulang belakang rasa semacam je, tu tandanya physiology badan dah bagi warning, kena rehat dengan kadar segera. Kalau tak korang memang akan terasa sangat mengantok esok harinya.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.