Kau sape nak tangguh-tangguh?

Assalamualaikum & slamat sejahtre.

Siapa aku, kau dan dia yang berani nak tangguh-tangguh?
Jika awek panggil, kelajuan mengalahkan the flash.
Kalau cikgu suruh, tunduk-tunduk hangguk tanda faham dan 'saya akan buat segera'
Sebaik sahaja azan dikumandang....
Ala kejap la ibu..kejap la boss...
Sedarkah bahawa seruan itu datang dari yang Maha Pencipta?
Mungkin kerana sudah terbiasa.
Sejak dari kecil dengar, so 'macam biasa lah'
Siapalah kita untuk mengatakan 'NANTI' kepada-Nya?
Besar mana pangkat kita untuk berkata 'TUNGGU JAP'?


p/s: teringat cerita bohsia 2 part si keting rosak moto depan masjid tuh ;P

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.