Selama ni dok pi gunting rambut kat kedai gunting. Tak pernah pulak terfikir tentang isu nih. Bila di pikir2 balik, benda ni bukan baru. Rasanya dari zaman aku kecik lagi. Aku rasa semua manusia pun perasan benda ni.
Kalau cakap kedai gunting rambut, mesti kat luar kedai tu ada bar bulat, ada line2 berjalur2 biasanya berwarna merah, biru dan putih. Dan kadang2 ada juga warna kuning. Kenapa ek? Dari dulu pun macam tu. Apa significant antara kedai gunting rambut dengan benda2 yang berpusing2 tuh? Kepada sesiapa kat luar sana yang tahu, kongsi2lah dengan aku. Aku teringin nak tahu.

Isu lain berkenaan kedai gunting rambut.
- Kompetensi penggunting rambut. Kekadang risau juga kalau2 tukang gunting rambut tu ada masalah keluarga. Mana tahu dia mengalamai masalah depression, gunting ada, pisau belit ada....adoi mak aiii...seriau dibuatnya. Nauzubillah
- Rambut beterbangan di ruang angkasanya. Bagi parent yang bawak anak2 kecik, tak payah la bagi budak2 tu dok lama2 kt dalam tuh. Tak elok untuk kesihatan anak2 korang. Bagi yang ada masalah sistem pernafasan tu, sila lah berjaga2 ok.
- Penggunting ni mesti ada masalah CTS kan? takpun masalah pernafasan akut/kronik. (Hypothesis)
- Bar berpusing2 berwarna warni di luar kedai. Masih menjadi misteri.
p/s: selalu terpikir untuk point yang pertama tuh. aduii....
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.