Assalamualaikum & Selamat sejahtera.
Hari ni empat orang jejaka kacak dan berbeza tahap ketampanan telah menuju ke Poliklinik berhampiran dengan tujuan yang sama iaitu untuk menjalani pemeriksaan perubatan atas. Yang bestnya sampai2 je poliklinik terbabit, kami berempat masuk ikut pintu belakang. Dah macam penyamun dah.
Al-maklumlah ini kali pertama bagi aku untuk menjalani pemeriksaan perbuatan di poliklinik terbabit, so ada la beberapa helaian borang yang perlu di isi untuk tujuan rekod.
Maka setia dari ahli geng gagak putih ini terus dipanggil bertubi2 satu per satu. Mula2 staf poliklinik tersebut memberikan setiap dari kami satu bekas putih berpenutup kuning+tisu. So macam biasalah, ujian urine (air kencing) lah jawabnya. Masing2 muka penuh bangga mengembalikan sample tersebut kepada staf terbabit.
Seterusnya, kami dikehendaki untuk menjalankan pemeriksaan x-ray iaitu proses imbasan sinar x-ray terhadap sebahagian tubuh badan especially bahagian atas badan (dada). Proses tidak memakan masa yang lama. Sambil2 tunggu turn, sempat lagi bermain2 dengan alat penimbang dan alat pengukur ketinggian.
Dah step terakhir adalah sesi konsultansi bersama doktor bertugas. Doktor Sharifah, ohh beliau merupakan doktor yang lembut dan nampak tegas. Kalau ada orang tak sihat, insyaAllah boleh sihat berikutan cara beliau entertain pesakit hehehe. Ketika proses konsultansi tersebut, ada dijalankan pemeriksaan minor seperti kesihatan telinga, mata, jantung, paru2, hernia, tekanan darah, tonsil etc.
Oleh kerana kami berempat, proses pemeriksaan memakan masa lebih kurang 10-15 minit seorang. So bagi yang mula dulu kena tunggu la sampai yang terakhir selsesai. Siap ada yang tertido pun ada. Lalu empat jejaka tadi pun pulang ke opis masing2 dan memulakan tugas seperti biasa ;)
Menurut pekerja kaunter poliklinit tersebut, pemeriksaan perubatan biasa di kenakan bayaran sebanyak RM80. Jika terdapat extra test seperti HIV, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM150. Nasib baik free-panel punya pasal.
Tamat.
p/s: Poliklinik Al-Hikmah di Wangsa Melawati juga sangat best!
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.