Magic...Sungguh Magic Foto Itu

Semalam punya kejadian memang magic kokopil betol. Niat di hati nak pergi cuci gambar untuk pendaftaran selasa nih. So bawak la wife sekali jalan-jalan di Giant seksyen 13 Shah Alam.

Sebelum pintu masuk ke Giant tu, sebelah kanan ada kedai gambar. Aku pun bagi pendrive yang di dalamnya ada gambar saiz passport untuk tujuan di cuci. Aku tanya "macam mana kira ni uncle? Uncle tu menjawab "satu set empat puloh ringgit".

How come...? (dalam hati). Wife aku pun dah pandang pelik ;). Aku tanya sekali lagi. Berapa uncle? Jawapan yang sama kami dengar. Aku tanya lagi dan lagi. Mungkin uncle tu mula perasan yang kami berdua tak berapa paham, so dia cakap satu persatu.

"satu set 4 keping sepuluh ringgit"

Ohhhh...hahaha agak sukar untuk kami menangkap ayat itu. So aku tanya berapa lama boleh siap. Uncle tu cakap dalam 10 minit. Fine, aku inform nak pusing2 dalam Giant dulu baru amik gambar. Lepas bayar RM10, aku dan wife pun jalan2 usha2 hood untuk rumah.

Tak lama pun kami pusing2 dalam Giant sebab niat just nak tengok hood. Lepas dah tengok, survey dia punya harga aku and wife terus keluar menuju ke kedai gambar tadi. Sampai2 je, aku bagi resit dan uncle tu bagi gambar aku yang dah siap.

Bila aku buka nak tengok...Ya Allah... Muka ayah sapa nih? Wife aku dah gelak dah. Aku tanya, muka saya memang macam ni ke? Dari kecik sampai besar rasanya macam lain. Ngeh2x...Rupa-rupanya uncle tu silap terbagi gambar orang lain daa...Wife aku tak abis2 tersengih.

Memang magik kokopil betol!

Lepas dapatkan semula gambar yang betul (aku check skali lagi), aku pun berpuas hati sebab agak hensem gambar tuh (keji betol puji diri sendiri) dan berlalu pergi meninggalkan Giant. Gambar di bawah ini tiada kaitan dengan aku mahupun uncle kedai gambar. Ianya sekadar hiasan ;)


 p/s: sampai hari ni masih teringat gambar yang tertukar tu

1 comment:

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.