Persiapan nak balik kampong

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

InsyaAllah lagi 4 hari nak beraya. Rasanya memang dah ramai yang bercuti nih. Bagi yang belum bercuti aku nak kongsi tips2 nak balik raya.


1. Periksa kereta/motor - Buat sebelum nak balik kampung especially kalau nak jalan jauh. Tak kisah la kalau nak hantar pi servis ke, baiki sendiri ke, terpulang. Kalau yang pandai servis sendiri, alhamdulillah. Jimat duit nak sedekah nanti ;). Bagi yang naik moto, prepare tiub tayar. Mana la tau bocor ke.

2. Bawak pakaian raya - Kalau yang ni korang tertinggal, sila beli di kampung.

3. Bawak air kosong - Mana tahu kereta jem. Meragam tengah jalan, maybe boleh guna air untuk sejukkan radiator. Prepare je 2-3 botol 1 liter dalam kenderaan.

4. Burn CD/bawak pendrive - Isi CD/pendrive tu dengan bacaan ayat suci Al-Quran/Zikir. Dapat jugak pahala sepanjang perjalanan balik kampung. Kalau nak sangat lagu raya, create satu folder lagu raya.

5. Doa naik kenderaan - Diharuskan menghafal doa nih. Setiap hari pun kita guna kenderaan kan?

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali" (Az-Zukhruf : 13-14)

6. Bawak spek mata gelap - bagi yang tak tahan silau, better pakai. Perhatian! Hanya pakai pada siang hari.

7. Sediakan duit/siling yang cukup - Ini bagi mengelakkan korang kelam kabut nak cari duit masa nak dekat sampai tol. Bahaya, sebab takut2 boleh mengebabkan kemalangan. Kalau yang guna touchNgo/smartTag takde masalah.


"SELAMAT HARI RAYA"


p/s: beraya KL - Selangor aje tahun ni ;)

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.