Assalamualaikum & selamat sejahtera.
HALUAN dengan kerjasama rakan-rakan NGO dan masyarakat prihatin sekali lagi membawa para huffaz dari Palestin untuk bersama2 menghayati Ramadhan. Dengan kehadiran mereka dalam solat tarawih dan majlis2 perkongsian pengalaman dan maklumat, mudah-mudahan kita dapat merasai dan menginsafi saudara2 kita yang menderita dan memerlukan keprihatinan kita di sini.
Melalui program ni, diharapkan masyarakat Malaysia dapat rebut peluang menghulurkan sumbangan kepada mereka. Semoga sumbangan dan doa ikhlas kita akan menjadi saham yang baik di ahirat kelak dan dilipatkan ganjaran sempena Ramadhan yang mulia ini.
Majlis akan berlangsung pada 14 Ogos 2012 (Selasa) di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Haluan atau Jadual Huffaz di Malaysia
Daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah. Baginda SAW lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan untuk bertadarus (mengulang-ulang) al-Qur`an dengan Rasulullah SAW. Baginda pada ketika itu lebih pemurah dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan. (al-Bukhari, no: 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308).
Huffaz: Para huffaz dipilih berdasarkan kelulusan dan kemahiran dalam ilmu qiraat al-quran yang mutawattir. Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka iaitu Dr. Mahir Hasan al Munajjid berkelulusan ijazah Qiraat 10 yang mutawattir dari Syeikh Muhammad Toha Sukkar dan juga PhD dalm Usul Fiqh. Beliau juga merupakan ahli tetap lajnah al-quran di Kementerian Waqaf, ahli lajnah pemerhati mashaf dan ahli lajnah ujian pengijazahan al-quran di Syria. Lain-lain huffaz merupakan pensyarah, pengajar al-quran dan juga pelajar universiti.
Sumber: HALUAN
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.