
Aku tahu awak ada rupa (cantik).
Aku tahu awak punyai ramai fans even awak bukan artis.
Kira hebat tuh..
Aku tahu juga awak sangat up-to-date dengan fesyen terkini.
Aku tahu juga awak juga mempunyai teman lelaki yang hensem.
Tapi adik
Amat sayang sekali sebab awak terlalu menunjuk-nunjuk
Bentuk badan awak
Kemesraan bersama teman lelaki awak
Dan awak tayangkan ia di khalayak umum
Ya betul, itu memang hak awak
Sebab akaun tu awak sendiri yang sign-up
Namun ada garis panduan yang patut dipatuhi sebagai orang Islam.
Islam pun tidak menghalang untuk ummatnya bersosial
Aku mendoakan agar suatu hari nanti awak akan menjadi seorang wanita solehah. Aku sangat bimbang apabila persekitaran awak yang seringkali dipuji dan dipuja akan membuatkan awak terus lalai dengan dunia yang direka sendiri itu.

Jika awak sedang mencari-cari panduan untuk menjadi wanita solehah, berbalik lah kepada Al-Quran dan sunnah, mintalah petunjuk dari Allah. Lalu cari lah seorang guru yang baik, teman yang memahami keinginan awak itu. Jadikanlah Saidatina Aisyah, Fatimah, Khadijah dan lain-lain sebagai contoh. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar di bukakan hati untuk menjaga maruah seorang wanita muslim dan istiqamah dalam urusan. We love you
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.