myeg online VS myeg kioks

Arini just nak share dengan korang semua pasal myeg. Ade orang prefer guna online and ade orang yang prefer kioks utk setelkan bende roadtax insuran bagai nih. Aku ada la sikit pengalaman berkenaan hal ni. Sebelum ni aku selalu guna online je sebab kat opis memang sentiasa ada internet. Tapi bila suatu ketika, roadtax mati dikala aku berada di rumah and di rumah takde internet. Jeng2..tu yang best tuh.

So aktiviti mencari kioks myeg lah jawapannya. Kebetulan pulak kioks myeg ni dekat betol dengan opis. So aku buat keputusan untuk guna khidmat kioks utk renew roadtax dan insuran. Pagi aku pergi tanya, agent tu kata ok, just bawak je dokumen yang berkaitan (salinan geran..or covernotes bla..bla..bla..). Aku cakap xbawak pastu dia kata xboleh. Aku blah je dia panggil, "ade softcopy x?" Aku pun patah balik degan senyum lebar. So lepas tu dia buat anggaran atas ketas conteng, agent tu nyatakan harganya begini dan begini. Aku hangguk je macam burung belatok menghanggok2kan kepala.

So macam besela, kalau hati terasa macam ade tak kena, timbul la syak wasangka. Dalam hati, "betol ke dia charge mcm ni..bukan mcm ni ke? bla..bla..bla...."Bukan la nak kata agent2 ni makan duit tapi mungkin memang macam tu harganya. Mana kita tau kan. Dalam banyak2 harga yang dia nilaikan tuh, servis charge utk myeg tu aku rasa mcm agak mahal. servis je dia charge RM15. Kalau tak silap aku, kalau guna online, tak sampai RM5 punnnn.....tak tau la nak cakap ape. Dah siap bayar petang tu gak aku dapat segala yang diidamkan. Pengalaman ni membuatkan aku akan terus menggunakan myeg secara online. Hahaha Sesiapa yang prefer guna online, boleh la click laman web rasmi myeg ni. Thanks!

 p/s: apa yang dikongsikan disini mungkin berbeza dengan pengalaman korang kat luar sana. sebab musabbabnya hanya tuhan saja yang tahu.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.