Little Al-Amin Store was launched

Hari ni nak habaq mai kat kawan-kawan semua yang aku secara rasminya telah menubuhkan perniagaan online pertama yang dikenali sebagai Little Al-Amin's Store.


Agak bersemangat juga untuk cuba berjinak-jinak dalam perniagaan online nih. Dengan berkat usaha dan doa, InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan. Tadi baru je dengar kutbah jumaat bertajuk tadbir dan takdir. Aku amik rumusan je la ek. Kalau nak cerita, panjang lebar entri ni nanti. hehe 

Khatib ade bagi contoh pasal burung. Mereka keluar terbang mencari makanan untuk diri dan anak-anak. Dengan melebarkan sayapnya di pentas dunia yang luas, di waktu petangnya membawa balik makanan ke sarang. Hebat bukan? SubhanaAllah. Kesimpulan kutbah, takdir itu ultimate, namun usaha dan kesungguhan yang di lakukan mampu merubah ketentuan dengan keizinan Allah. InsyaAllah.

Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutup malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ra'd:3)

Untuk pengetahuan semua, bagi mereka membeli-belah melalui FB Little Al-Amin's Store, sebahagian dariapada hasil keuntungan FB Little Al-Amin's Store akan didermakan untuk tabung palestin dan gaza dan sewaktu dengannya. InsyaAllah. Ia mengetengahkan konsep "2 in 1" Membeli sambil beramal. Dunia dapat (produk bayi yang korang beli) plus Akhirat dapat (pahala memderma) InsyaAllah.

Doakan lah ye kawan-kawan di atas usaha aku ni. Bila senang, susah, sibuk, menangis, sedang melayari FB, rajin-rajinlah menjenguk FB Little Al-Amin's Store ok.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.