Tips Kesihatan Ketika Jerebu



2013, sekali lagi Malaysia dilanda jerebu. Punca? Sama macam biasa lah. Kat area rumah pun nampak dah semakin teruk. Ntah berapa nilai API-nya. Untuk sama-sama kita berwaspada, aku kongsikan sebahagian langkah-langkah yang boleh diambil perhatian untuk mengelakkan kesan buruk jerebu terhadap kesihatan kita.

1. Kurangkan aktiviti luar

Lupakan aktiviti badminton, futsal, bola sepak dan seangkatan dengannya seketika.

2. Guna indoor air purifier 

Turn on air purifier untuk filter udara dalam rumah. Anda juga boleh guna kaedah DIY untuk buat air purifier sendiri dengan kos yang rendah. Click link ini. Jika anda tak ada air purifier, cuba didihkan air dan biarkan steam air tersebut memenuhi ruang udara rumah anda. 

3. Minum air 2 liter sehari

Tujuan utama untuk kekal hydrated. Toxin daripada jerebu yang diserap oleh kulit dan paru-paru akan memaksa buah pinggang kita untuk bekerja lebih keras, so kita bantu buah pinggang untuk menyahkan toxin.

4. Jauhi minuman alkohol, coffee dan rokok 

Alkohol dan coffee boleh menyebabkan sistem badan kita dehydrate. Bak kata pepatah “It is hard to go without coffee”, but cuba fikirkan nasib buah pinggang kesayangan kita.

5. Item yang perlu ada dalam beg

Apabila anda perlu untuk keluar, pastikan face mask (N95), eye drops, air botol (air masak), tisu biasa dan tisu lembap. Sediakan payung sebelum hujan beb.

6. Basuh tangan dan muka dengan kerap

Ia penting untuk menghilangkan segala toxin atau kotoran yang terdapat pada jerebu yang melekat di permukaan kulit kita. Balik rumah cepat-cepat mandi untuk cuci kotoran pada baju dan badan. Mandi dulu sebelum pegang anak.

7. Jumpa doktor jika ada masalah kesihatan

Terutamanya kepada mereka yang ada masalah sistem pernafasan seperti asma atau masalah kulit seperti eczema, perlulah sentiasa berjaga-jaga. Jangan tangguh-tangguh untuk berjumpa doktor.

Kekal sihat dan kongsi tips ini dengan rakan-lain untuk kebaikan bersama. Kita tak boleh nak hentikan masalah jerebu ini secepat mungkin but kita mampu lindungi diri kita dan yang tersayang dari masalah yang terhasil dari jerebu itu. 

Sumber: http://www.venusbuzz.com

p/s: Allah berikan jerebu sebagai ujian-kifarah dosa. Always lah bersangka baik pada Allah

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.