I accept love, Not money



"I accept love, I don't want no money from you bro."

Ayat tu memang mendalam bro...Aku tengok satu video tuh tajuk dia "the good samaritan". Pasal sorang pemuda ni nama dia Dominic Giamo yang superb! Video tu menisahkan ade sorang pemuda (bukan Dominic) menhadapi masalah tayar kereta pancit. Disebabkan pemuda yang ade masalah tu berkopiah, tak ramai orang yang datang menolong.-No komen bab nih.

Nak dijadikan cerita, si Dominic ni pun datang dengan penuh semangat nak bantu, siap bagi salam lagi even dia bukan muslim. Sepanjang dia tolong mamat tu tukar tayar, memang sangat supportive. Ape yang dia cakap sangat positif buatkan aku tersenyum je tengok. Pasang tayar pun bersungguh-sungguh. Hebat bukan? hehe Mamat (pelakon) tu tak tolong sket pun. Name pun program tv. Memang depa ni nak tengok respon "victim".  Program tu nama dia What would you do (WWUD).

Masa si dominic tu tukar tayar, pemuda (actor) tu cakap la yang dia bimbang tak ade orang nak bantu sebab dia muslim dan berkopiah. Dominic ni pun bagi motivation kat mamat tu. Dia juga ade cakap pasal Islam tu a true religious, media barat sering war-warkan pasal Islam tu terrorist-dan semua itu tak betul kata Dominic. Bila dah nak siap pasang tayar tu, actor tu pun tanya la brape yang nak kena bayar (upah). Dominic tu jawab 

"I accept love, I don't want no money from you bro."

Terbaik bukan?

Dan aku suka dia punya last statement; 

"do not judge people by what they are wearing on their head, everybody is the same. You trace it back up the generations we all come from the same mother and father. Help our brother and sister unconditional love for every living thing"

Jiwa terkesan betol tengok video tuh. Tertanya-tanya macam mana budak tu boleh ade falsafah macam tuh. Macam mana dia membesar, cara didikan parent and macam-macam lagi lah. So kat sini kita dapat lihat, tak semua orang bukan Islam yang tak suka kita. Ade satu group tuh buat interview dengan dominic and ni ayat dia:

"Personally, Islam is my favorite religion. It parallels mental/spiritual alchemy in so many ways and probably because it came from Egypt. Islam is peace. I don't really identify with any particular religion but if I were to choose one it would be Islam" (Sumber: Blog)

Semoga Allah memberikan dia hidayah untuk dekatkan diri dengan Islam. Aminn...

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.