
“Sesiapa daripada kalangan satu jamaah yang berada dalam satu majlis kemudian mereka beredar meninggalkan majlis tersebut tanpa menyebut nama Allah serta tidak berselawat ke atas RasulNya, maka mereka tidak akan memperolehi sesuatu di hari akhirat kecuali penyesalan”
SubhanaAllah. Besar sunggoh kelebihan berselawat kan? Bukan je manusia, Allah dan malaikat pun berselawat pada Rasulullah SAW seperti firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 52,
“Sesungguh Allah dan para malaikatNya berselawat (menyampaikan rahmat serta memuji) untuk Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman berselawat serta ucapkanlah salam ke atas Nabi dengan sebenar-benarnya”
Nampak mudah kan nak berselawat? Tapi ganjaran pahala sangatlah besar. Kalau korang dengar dalam tv, radio, orang kat pasar, ceramah atau mana-mana yang menyebut perkataan "Rasulullah SAW" atau "Nabi Muhammad SAW", sunat dijawab Sallallah Alaihi Wassallam (SAW) iaitu dalam bahasa inggerisnya Peace be upon him (PBUH). Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim
“Sesiapa yang berselawat ke atas diriku sekali nescaya Allah berselawat ke atas dirinya sebanyak sepuluh kali”. Malah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizhi “Orang yang bakhil ialah seseorang yang tidak berselawat ke atas diriku”.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang dengar nama Rasulullah SAW disebut namun tak berselawat ke atasnya, amat rugi bro....rugiiii...siap dapat label bakhil. Sabda Rasulullah SAW;
"Mereka yang bakhil adalah mereka yang mendengar namaku tetapi tidak berselawat kembali kepadaku." [riwayat Termizi dan Nasaie dan Ibnu Hibban]
Kita kedekut kat dunia dengan Rasulullah SAW, then bila akhirat nanti nk minta syafaat dari baginda. Pergh....Pikir-pikirkan.
Sumber: Blog IbnuWafi
No comments:
Post a Comment
1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.