Awas jerebu datang lagi

Assalamualaikum dan selamat petang

Seperti semua sedia maklum, jerubu makin menjadi-jadi. Dengar katanya ada hutan terbakar lagi. Berita ini belum dipastikan.

Yang pasti, keadaan persekitaran agak tidak baik. Jabatan Alam Sekitar Malaysia pun dah tunjukkan terdapat dua (2) buah negeri yang dilanda jerebu di paras yang "TIDAK SIHAT".

Dua negeri tersebut: Selangor (Pelabuhan Kelang, Banting, Kuala Selangor) dan Negeri Sembilan (Nilai). Kawasan-kawasan lain yang juga terjejas adalah di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Kepada anda semua, just berhati-hati. Cuaca dah la agak panas sekarang, sesetengah tempat air kena catu, dengan jerebu lagi. Bagi yang ada penyakit kronik, amik langkah berjaga-jaga.


Sedikit reminder ketika musim kering, takde air, panas dan jerebu:

  • sentiasa bawak air masak. bawak lebih pun takpe. boleh jadi back-up kalau takde air.
  • bawa payung untuk lindung dari panas mentari
  • bawa dan pakai facemask bila keluar rumah
Hargai sihat sebelum sakit

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.