Muhassabah diri

Assalamualaikum & selamat malam

Malaysia..2014..
Pelbagai dugaan yang ditempuhi oleh rakyat Malaysia pada tahun ini
Awal tahun negara digemparkan dengan banjir besar di Kuantan dan di negeri-negeri lain
Seterusnya, cuaca dingin secara tiba-tiba menyerang seluruh dunia
Dan Malaysia tak terkecuali merasai tempias terutama di bahagian utara Malaysia

Kes denggi tak perlu nak diterangkan lagi
Meningkat 3 kali ganda dari tahun-tahun sebelumnya
Kejadian bumi menjadi dingin behenti apabila cuaca tiba-tiba bertukar kemarau
Di sana-sini mengalami catuan air
Berikutan kawasan-kawasan tadahan dan empangan yang kian merosot

Kes jerebu, masih berlarutan sehingga ke hari ini
Yang mungkin telah mengakibatkan berjuta rakyat Malaysia
Mengalami gangguan pernafasan
Dan..sekarang isu terhangat diperbualkan di corong-corong media
Kisah misteri kehilangan kapal terbang MAS MH370.



Suka saya berkongsi sebuah hadis dari HR Muslim:

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya"

Bersama-samalah kita berdoa memohon pertolongan dan syafaat dari Allah.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.