Antara Sayang dan Takut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amacam dengan tajuk entri harini? Ada unsur jiwang x? Actually entri kali ini berkisarkan situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Cuma sedar atau tak sahaja. 

Pernahkan korang tengok situasi di mana seorang pakcik, makcik, kakak atau sesiapa sahaja (dewasa) sedang membonceng motosikal bersama anak/anak buah/anak saudara ke sekolah. 

Tak pelik pun situasi dia atas...

Ya betul. Biasalah, orang hantar anak/adik/anak buah ke sekolah. 

Situasi akan menjadi pelik apabila si penunggang motosikal memakai helmet dan si anak kecil yang comel tidak memakai sebarang alat perlindungan diri iaitu helmet. Walaubagaimanapun, masih ramai yang menyediakan helmet untuk si anak kecil. Situasi ini cuma kes minoriti sahaja.

Di sini ada sedikit persolan.

Persoalan pertama: Kenapa si penunggang pakai helmet? Namun tidak untuk si pembonceng? Bukan kah kedua-duanya menaiki motor yang sama? 

Hypothesis saya:

  • Si penunggang memakai helmet sebab takut kena saman kalau terjumpa polis atau JPJ. 
  • Si penunggang tidak menyediakan helmet untuk pembonceng sebab belum mampu beli lagi (walaupun sudah 5 tahun hantar anak ke sekolah menaiki motosikal) berikutan tanggungan yang ramai.
  • Si penunggang motosikal berfikiran sebegini "sekolah dekat je, tak mengapa".  
  • Si ayah tak kisah hilang anak, tapi takut kena saman.

Kalau lah..berlakunya kemalangan seperti, haiwai melintas secara tiba-tiba, untuk mengelak, maka kedua-duanya terbabas dan terjatuh, si penunggang masih mempunyai helmet, manakala si anak tidak. Mau nya terhantuk atas jalan, atau terhantuk di pembahu jalan, tak ke parah. Tubuh badan kanak-kanak ni tak sekeras tubuh badan orang dewasa.

Di akhir insiden itu, hanya kedengaran suara "anak aku!! anak aku!!"


Kita mampu merubahnya

* Hypothesis hanyalah anggapan penulis, tak semestinya betul dan bukan nak kata benar.  

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.