Keselamatan Pembonceng Motosikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi dok buat entri pasal "antara sayang dan takut", terjumpa pulak hal yang lebih kurang berkait in term of keselamatan pembonceng.

Mungkin perkara ini biasa bagi masyarakat umum, terutamanya "bikers" namun bagi saya ia merupakan satu ilmu yang baru. Saya tak pasti untuk dalam negara, bagi luar negara alat perlindungan ini dikenali sebagai "Moto-Grip" atau "Riders-Grip" menggunakan belt & harness system.

Dilihat cara pemasangannya adalah cukup mudah, dan fungsi nya cukup jelas, untuk memastikan pembonceng belakang dapat memegang dengan lebih selamat dan selesa ketika menaiki motosikal.

Bagi bikers-bikers kental, sudah tentu mereka tahu berkenaan hal ini di tambahan pula membawa pembonceng lain di belakang (laju pulak tuh).

Penekanan di sini adalah untuk kanak-kanak. Tangan mereka tidak cukup panjang dan tidak cukup kuat untuk "grab" badan si penunggang motosikal di hadapan. So dengan adanya grip atau harness ini, keselamatan mereka LEBIH terjamin.

(Jenis grip)  Untuk kanak-kanak

(Jenis grip) Untuk orang dewasa


(Jenis harness) 



(back seat)

Saya sudah cuba "google" di Malaysia cuma masih belum jumpa. Mungkin pencarian perlu diperinci bila ada kelapangan. Berikut merupakan produk detail untuk tatapan anda sekalian.

Moto-Grip: Motorcycle Pillions Can Now Travel In Safety
Oxford Rider Grips Pillion Grab Handles
Motorcycle Pillion Safety System

* Pendapat peribadi, isu ini masih baru dan tidak mendapat cukup perhatian dari media massa. Mungkin sesuatu perlu dilakukan.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.