RAHSIA Servis Laptop

Apabila kita membeli laptop, setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai poin jualan.

Namun begity, hampir tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul. Baru tersedar bukan?

Jom kita berkongsi rahsia yang semua kedai komputer tak ingin anda tahu berkenaan servis laptop. At least anda boleh buat sesuatu.

Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.
  • 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard
  • 7% dari masalah motherboard berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh
  • 93% dari kerosakan motherboard  ini berpunca dari tidak servis laptop

Apa Itu Servis Laptop?
Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan

Mengapa Ia Perlu Dilakukan?

Sama seperti kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang tinggi. Kipas yang menjadi sistem penyejukan, lama kelamaan akan memerangkap habuk.

Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).

Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700 manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000.

Apakah Thermal Paste?

Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas dan sistem penyejukan. Lama kelamaan, thermal paste akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.

Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?

Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.

Kesimpulan

  • Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
  • Haba adalah musuh utama laptop.
  • Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
  • Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
Sumber: MajalahNiaga

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.