Empangan Sungai Selangor Hanya Berbaki 29 Hari

Ini kisah catuan air.


Menurut sumber berita, kerajaan Selangor akan meneruskan catuan air berikutan paras air di Empangan Sungai Selangor berada pada tahap kritikal dan bekalan air yang ada hanya mampu bertahan 29 hari lagi.

Berikutan itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) sedang giat meneroka kolam-kolam bekas lombong terutama di kawasan lembangan Sungai Selangor bagi tujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor.

Pada masa yang sama, LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam sekitar Empangan Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.

Selain itu, kaedah pembenihan awan dikenali sebagai 'royal rain making technology' juga akan digunakan untuk mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di negeri ini.

Kerajaan menjangka usaha-usaha ini akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 JLH (juta liter sehari) air mentah dan jika petunjuk pelaksanaan positif dalam tempoh seminggu, kerajaan negeri bersedia mengkaji semula keputusan catuan air ini.

Sumber: AstroAwani

Time macam ni lah baru sedar betapa pentingnya air dan time ni jugak lah harga tong-tong air, baldi dan seangkatan dengannya mencanak naik. Nasib-nasib. Setiap hari dok tadah air...Boleh terkena musculosketal disorder pasni. Apa-apa pun, sediakan lah besen sebelum hujan.

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.