10 Perkara Tak Boleh Lupa!

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Sekadar berkongsi sedikit maklumat yang diperolehi dari Majalah Haluan terbitan 2008. Terbaca masa nak tunggu buat medical check-up pagi tadi.

10 Perkara yang Jangan Korang Lupa

1. Ramadhan yang bakal kita tinggalkan sebab kita belum tentu dapat bertemu lagi ramadhan tahun depan. Sesungguhnya orang yang soleh tu bersedih dengan pemergian ramadhan.

2. Muhassabah diri. Apakah kita telah menghabiskan masa di bulan ramadhan dengan sebaik2nya seperti solat sunat tarawih, baca al-quran, sedekah dan sebagainya.

3. Bayar zakat firtrah.

4. nikmat dan rahmat yang Allah beri dengan bertasbih, bertahmid, dan bersedekah.

5. Sunnah Rsulullah SAW pada hari raya seperti mandi sunat raya, solat sunat raya, berpakaian baru, pakai wangian, makan sedikit sebelum solat sunat raya, pergi dan pulang solat sunat raya dengan melalui jalan yang berbeza.

6. Bermaaf2an sesama keluarga terutamanya Ibu dan bapa, ziarah saudara mara.

7. Jaga batas syarak seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, percakapan yang sia-sia atau muzik yang melalaikan. Jangan tersasar sambutan hari raya dengan mengunjungi tempat hiburan, pawagam dan sebagainya.

8. Mereka yang tidak bernasib baik dan tidak dapat berhari raya seperti fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, dan orang-orang tua yang terbiar.

9. Saudara Islam kita di Palestin, Syria, Lubnan, Iraq, Afganistan, Kashmir, Chechnya, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Myanmar yang berhari raya dalam keadaan perang, kehilangan insan tersayang, harta benda dan sebagainya.

10. "Dan tidak sesekali Yahudi & Kristian akan meredhoi kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak mengikut cara hidup (termasuk agama) mereka. Katakanlah kepada mereka (kaum kafir itu), sesungguhnya cukuplah bagi kami petunjuk daripada ALLAH (Al Quran). Tetapi, jika kamu (umat Islam) masih mahu mengikut mereka (kaum kafir itu) setelah datang kepada kamu (petunjuk dan peringatan), maka perbuatlah sedemikian, namun kamu tidak akan mendapati bantuan dan pertolongan ALLAH bagi kamu" (Surah Al-Baqarah: 120)


p/s: doakan untuk saudara kita di seluruh dunia

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.