Jom Baling Handphone

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Adakah korang pernah terasa nak baling atau lempar jauh2 handphone korang? Kalau pernah, ada satu sukan yang amat bersesuaian dengan aktiviti tersebut. Kejohanan Melampar Telefon Bimbit merupakan sukan internasional dan sukan ni start di Finland pada tahun 2000.


Untuk upacara sukan ini, hanya telefon bimbit yang beratnya melebihi 220 gram sahaja yang diterima bertanding. Jenis telefon bimbit adalah bergantung kepada provider.


Acara ini dijalankan setiap tahun pada bulan ogos di Savonlinna, Findland. Dalam pertandingan tersebut, ia dinilai berdasarkan jarak dan jugak teknik balingan. So sesiapa yang mempunyai lengan yang best boleh try praktis dulu ;P


Mungkin ini satu kebetulan. Untuk pengetahuan korang semua, Finland merupakan negera pengeluar telefon bimbit jenama NOKIA dan upacara sukan membaling telefon bimbit ni biasanya guna jenama Nokia. Adakah ini satu strategi bagi menggalakkan warga Finland untuk menukar telefon bimbit baru? Korang rasa? ;P


Selepas selesai je pertandingan, kesemua telefon bimbit ni akan dikitar semula. Usaha yang amat bagus apabila terdapat 'moral value' di akhir pertandingan. Tak lah dikatakan upacara sukan pelik yang tiada apa-apa makna kan? Masyarakat pun terdedah dengan aktiviti kitar semula. Rekod terkini acara sukan tersebut:

  • Men's world record - 102.68 meters (336.87 ft) Chris Hughff (Jul 2012) which was set at the Belgium Championships.
  • Women's world record - 53.52 meters (175.6 ft) Jan Singleton (Aug 2006) which was set at the UK Championships

Lepas ni rasanya kerajaan Malaysia boleh anjur 'Kejohanan Baling Botol Plastik' pulak sebab plastik merupakan komponen ke-2 terbanyak selepas sisa makanan yang di hasilkan di Malaysia (KPKT, 2008). So boleh la membantu PPSPPA mengurus sisa pepejal di negara dengan lebih efficient.

Sumber: Mr. Wikipedia & About.com


1 comment:

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.