[VIDEO] Raja Bomoh Sedunia Muncul Lagi

Semalam punya cerita, Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengadakan ritual ‘menghalau puaka’ di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung.


Bomoh1 MalaysiaKawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaikinya berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.

Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan.

Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama.

Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam.

Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.


Sumber: SelangorKini

p/s: apa nak jadi?

No comments:

Post a Comment

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.