Projek Anti Porno

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Merujuk sebuah artikel dari gilerhackers.com, buat julung-julung kalinya "Projek Anti Porno" dilaksanakan di Malaysia.

Ini berikutan daripada wujudnya banyak website porno yang semakin merebak malah ada yang berpangkalan di Malaysia. Website tak bermoral ini boleh menghancurkan akhlak seseorang khususnya kanak-kanak.

Berikutan sifat prihatin, projek anti-porno dicipta. Menurut pencetus idea, Haidy Sulaiman "Apa yang berlaku kini terhadap remaja kita bukan salah mereka tetapi kita individu dewasa yang sepatutnya melindungi mereka dari unsur-unsur kurang sihat"

"Kita mempunyai kemampuan untuk menyekat unsur-unsur perosak ini namun baik yang berkepakaran, berkemampuan dan berkuasa tidak melakukan apa-apa, alasan yang selalu di dengar internet tidak boleh disekat kerana ia melanggar undang-undang cyber tanpa sempadan. Persoalannya Amerika pengeluar bahan lucah terbesar mempunyai undang-undang tentang porngrafi begitu juga Australia akan membelanja jutaan ringgit untuk menyekat bahan-bahan lucah."

Saya amat bersetuju berkenaan projek ini. Walaubagaimanapun detail berkenaan projek ini tidak diberitahu secara mendalam. Tak kisah lah. Asalkan ada juga usaha dari pihak kita dalam menangani isu penting ini. Amal makruf nahi munkar.

Sumber: gilerhackers.com


1 comment:

  1. Salam

    Saya Haidy Sulaiman pengasas projek ini. Terimakasih saya ucapan kerana artikel saudara tentang projek ini. Saya harap saudara akan terus menyokong kami. Aplikasi ini adalah percuma. Fungsi teknologi bagaimana menjadi rahsia atas sebab2 tertentu.

    Projek ini telah pun mendapat perhatian Tun Mahathir Mohamad dan pada perjumpaan 12hb Febuari yang lalu bersama Tun bersedia memberi kerjasama bagi menjayakan projek ini.

    Saya harap akan terus menyokong projek ini tidak seperti artis2 malaysia yang tidak memberi apa2 sokongan sebalik nyer satu kumpulan muzik memberi jawapan mereka penonton pornografi. Amat mengecewakan sikap artis seperti ini. Mungkin perkara ini bole menjadi tajuk artikel saudara bagaimana sikap artis malaysia.

    Sekian. Sekali lagi terimakasih saya ucapakan.

    Haidy Sulaiman

    ReplyDelete

1. Sila bertukar kpd transformer sebelum komen.
2. Komen sepedas mungkin.
3. Sampaikan walau SATU ayat.