TGNA Meninggal Dunia

Pada jam 9:45 malam tadi, telah perginya seorang insan yang cukup istimewa di hati masyarakat Islam di Malaysia. Pergi yang tak akan kembali untuk menemui penciptanya.


Pemergianmu pasti di ingati.

Al-Fatihah untuk allahyarham Tuan Guru Nik Aziz - mantan menteri besar negeri Kelantan. Semoga roh allahyarham sentiasa dalam limpah rahmatNya, insyaAllah.

Tips elak kena tipu online shopping

Perkara ni dah besa berlaku. Yang peliknya makin ramai yang terkena. So diriku terpanggil utk kongsi beberapa tips utk elak kena tipu mase ber-shopping online.

1. Check status penjual.

Tanya saja encik google.com.my. Cara nak tanya? Taip je _______ (nama page/nama penjual)+scam/scammer/tipu. Then tengok result cane. Search sepuas hati yang mungkin.

2. Status SSM

Lebih selamat jika anda berurusan dengan mereka yang sudah punyai sijil perniagaan yang sah dari ssm Malaysia. Cara nak tahu, tanya je. Anda boleh tahu samaada sijil.perniagaan itu wujud atau rekaan dengan memeriksa di website rasmi ssm Malaysia.

3. Asking for COD

Cash on delivery (COD). Jika penjual membenarkan cod, pilihan ini lebih baik dan risiko untuk ditipu itu rendah. Limitasi cod adalah cara ini hanya sesuai untuk mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang dinyatakan oleh penjual untuk urusan tersebut. Amat digalakkan untuk anda menjalankan cod dengan membawa teman melebihi 2-4 orang sebagai langkah keselamatan tambah-tambah anda adalah seorang wanita comel.

4. Jangan bank-in duit anda

Jangan sesekali anda bank-in duit anda ke akaun mana-mana yang penjual arahkan sebelum anda membuat kajian 3 langkah di atas.

Langkah-langkah di atas hanya buah fikiran admin selaku perniaga online yang tegar dan sah di sisi undang-undang perniagaan Malaysia.

Jika anda punyai buah fikiran yang ingin dikongsikan, admin amat berbesar hati menjemput anda kongsikan di ruangan komen.

Morale of the story: Research!

Solat dan sakit

"Aku tidak sempurna namun aku solat"


Solat tu tiang agama. Tindakan meninggalkan solat dengan sengaja merupakah usaha meruntuhkan agama.

Bayangkan seorang kanak-kanak sedang asyik bermain dengan "lego" nya membina tugu atau menara. Then anda datang dan runtuhkan menara yang kanak-kanak itu bina.

Menangis atau marah la kanak-kanak tu kan. Itu baru usaha meruntuhkan permainan kanak-kanak dah kena marah. Inikan pula meruntuhkan agama.

Fuh..

Dah. Aku nak citer pasal sorang anak muda "istimewa" ni. Respect dengan dia sebab seringkali berada di masjid bila solat jumaat berlansung dan biasanya dia akan datang lebih awal dari kami yang "normal" ini. Walaupun tak mampu sangat berdiri tegak namun dia berusaha untuk solat. Time kutbah pun tak tidur. Hebat.


Morale of the story: Tiada alasan untuk kita yang normal ni untuk tidak solat. Nah. Link untuk check waktu solat -- waktu.solat

Nak Kaya

Pos Ini Bukan Tentang Lubang Hidung


Dengar dalam radio sinar.fm pagi tadi pasal kes penipuan siber yang menjadi-jadi di dalam negara. Dimaklumkan lebih kurang RM3.3 Juta nilai yang dilaporkan setakat ini berkaitan kes penipuan skim-skim cepat kaya.

Ramai yang nak kaya tapi kurang sikap sabar. Invest ringgit malaysia ratus dan ribu hari ini dan mengharapkan pulangan/keuntungan juta-juta esok hari.

Keinginan dan impian tinggi melangit itu takde salahnya, cuma berpadalah. Jika merasakan kurangnya ilmu, pergi siap-siap untuk menuntut ilmu. Cari guru yang boleh membimbing. Bukan guru yang membuatkan anda lebih terumbang ambing.

Morale of the story: Research