Showing posts with label Muhassabah. Show all posts
Showing posts with label Muhassabah. Show all posts
TGNA Meninggal Dunia
Pada jam 9:45 malam tadi, telah perginya seorang insan yang cukup istimewa di hati masyarakat Islam di Malaysia. Pergi yang tak akan kembali untuk menemui penciptanya.
Pemergianmu pasti di ingati.
Al-Fatihah untuk allahyarham Tuan Guru Nik Aziz - mantan menteri besar negeri Kelantan. Semoga roh allahyarham sentiasa dalam limpah rahmatNya, insyaAllah.
Mimpi Terhebat
Orang kata mimpi tu mainan tidur. Actually, seronok sebenarnya tengok orang sedang bermimpi ni. Terutamanya bila tengok anak sendiri mimpi, kelakar pun ada. Dengan muka serius, sambil tangan terkapai-kapai..
Wahh..apalah yang dimimpikan tu..Kena kejar kucing atau kena tinggal??.
Dan paling suka kalau tengok anak-anak bermimpi sambil tersenyum. Kita yang tengok ni pun rasa senang hati.
Wahh..apalah yang dimimpikan..dapat makan ice cream kah??
Cakap pasal mimpi, saya berpendapat, tidak ada mimpi yang hebat dan setanding dengan mimpi bertemu Rasulullah SAW..
Tapi bukan semua mempunyai peluang hebat seperti itu bukan? Insan-insan terpilih je. Beruntungnya manusia-manusia terpilih ni kan?
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku. (Shahih Muslim No.4206)
Jika Rasulullah SAW mucul di dalam mimpi kalian, apa yang kalian harapkan?
Iman Luar Biasa
Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “Siapakah yang paling luar biasa imannya?”
Para sahabat menjawab, “Malaikat, ya Rasulallah.”
Balas Rasulullah, “Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”
Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, “Para nabi, ya Rasulallah.”
Rasulullah berkata, “Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”
Para sahabat mencuba lagi, “Kalau begitu, kamilah yang paling beriman.”
Jawab Rasulullah, “Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”
Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, “Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui.”
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”
Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “Sesungguhnya, aku rindukan mereka….”
Sumber: Ustaz Riduan Mohamad Nor

Muhassabah diri
Assalamualaikum & selamat malam
Malaysia..2014..
Pelbagai dugaan yang ditempuhi oleh rakyat Malaysia pada tahun ini
Awal tahun negara digemparkan dengan banjir besar di Kuantan dan di negeri-negeri lain
Seterusnya, cuaca dingin secara tiba-tiba menyerang seluruh dunia
Dan Malaysia tak terkecuali merasai tempias terutama di bahagian utara Malaysia
Kes denggi tak perlu nak diterangkan lagi
Meningkat 3 kali ganda dari tahun-tahun sebelumnya
Kejadian bumi menjadi dingin behenti apabila cuaca tiba-tiba bertukar kemarau
Di sana-sini mengalami catuan air
Berikutan kawasan-kawasan tadahan dan empangan yang kian merosot
Kes jerebu, masih berlarutan sehingga ke hari ini
Yang mungkin telah mengakibatkan berjuta rakyat Malaysia
Mengalami gangguan pernafasan
Dan..sekarang isu terhangat diperbualkan di corong-corong media
Kisah misteri kehilangan kapal terbang MAS MH370.
Suka saya berkongsi sebuah hadis dari HR Muslim:
"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya"
Bersama-samalah kita berdoa memohon pertolongan dan syafaat dari Allah.

Budak penjual kuih
KISAH BUDAK PENJUAL KUIH
Selepas seminggu bercuti di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima.
Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum.
Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai.
Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Sumber: rakan di FB