Showing posts with label Ibubapa. Show all posts
Showing posts with label Ibubapa. Show all posts

Senarai Kedai Baby di Selangor & KL

Kepada ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa, berikut merupakan senarai kedai-kedai yang membekalkan produk-produk baby. Di sebabkan aku dok area Selangor dan KL, so, aku hanya sempat survey kawasan dalam liputan tersebut sahaja. Semoga bermanfaat.

  1. LittleWhiz (Setia Alam)
  2. Babymanja a.k.a Manjaku  (Ampang, Batu Caves, Gombak, Wangsa Maju, Sg.Buloh, Kajang, Bangi)
  3. Babyland2u (unknown)
  4. mybbstore (Kelana Jaya, Kuchai lama, Kota Damansara)
  5. firstfewyears (The Curve, Paradigm Mall, Puchong)
  6. Lunatots (Cheras, Amcorp Mall, Giant Kota Damansara Mall, Giant Hypermarket Klang Bukit Tinggi)
  7. One baby world (Taman Permata, Ulu Kelang, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Seksyen 13 Shah Alam)
  8. didikidsworld (Puncak Alam)
  9. motherkidz (Shah Alam Seksyen 7)

Dalam kesemua senarai di atas, babyland2u, manjaku & littlewhiz  menawarkan harga yang amat berpatutan. Selamat membeli. Jangan lupa bawa plastik sendiri ok! ~Love Green~

*Penulis berpengalam kat item no.1,2,7 dan 9 sahaja. Yang lain tak berapa nak pasti.

p/s: nak cari kayu...nak cari kayu...

Perhatian Kepada Semua Ibu Bapa

Assalamualaikum & Selamat sejahtera.

Sekarang musim raya, so kebanyakan mood raya masih menebal di dalam sanubari. Bagi yang single mingle, setiap masa pun mahu start engine moto/kereta menziarahi sahabat handai. Bagi yang sudah berkeluarga, tentu agak sibuk melayan tetamu yang menziarahi. Saat-saat menyambut bulan Syawal ini, besar hati hambe untuk berkongsi beberapa perkara terutamanya buat mereka yang bergelar ibu dan bapa.

1. Kalau rumah/kampung korang dekat dengan tali air, longkang besar, jalan raya, sila dapatkan anak anda dengan kadar segera jika mereka tidak kelihatan di rumah.

2. Pastikan jika mereka nak keluar beraya bersama rakan, ada orang dewasa yang turut sertai rombongan tersebut.

3. Jika mercun berbunyi berdekatan rumah anda, pastikan anak2 korang ada dalam rumah.

4. Jika rumah sunyi semacam je, sila periksa rumah supaya anak2 korang masih berada dalam keadaan yang sihat walafiat di rumah.

5. Istilah 'rumah terbuka' perlu di perhalusi. Pastikan yang datang itu orang yang kita kenali. Dan jangan biarkan pintu sentiasa terbuka.

6. Waktu lepas zohor adalah waktu yang best untuk korang tidur sebab dah puas beraya sebelah pagi. So pastikan anak2 korang tak keluar waktu2 macam ni.

Sekarang ni macam2 hal kita dengar. Putus tangan kena mercun, kena culik, lemas, rogol dan bakar, rumah masuk ular, kanak2 kena gigit kera...ish...tak tau nak cakap lagi. Punya banyak isu. So mak bapak main peranan bagi  memastikan keselamatan dan kesihatan anak2 korang. Jadikan Syawal kali ni suatu yang bermakna untuk family korang ok!


Pastikan korang TAHU anak korang kat mana sekarang ;)