Showing posts with label Politik Negara. Show all posts
Showing posts with label Politik Negara. Show all posts

[VIDEO] Raja Bomoh Sedunia Muncul Lagi

Semalam punya cerita, Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengadakan ritual ‘menghalau puaka’ di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung.


Bomoh1 MalaysiaKawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaikinya berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.

Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan.

Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama.

Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam.

Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.


Sumber: SelangorKini

p/s: apa nak jadi?

Tiger Woods Punca PRU 13 DI TANGGUH?

Assalamualaikum & slamat sejahtre

Terkejut ayahnda bonda apabila aku terbaca satu artikel mengatakan Pakcik Harimau yang hebat memukul bola golf penyebab PRU 13 ditangguhkan. Gempak kan? Macam mane orang luar leh jadi penyebab PRU ditangguh? Adakah dia bakal menjadi PM kita? wakakaa



Mungkin jugak ia satu petanda sebab pakcik ni bakal menyertai pertandingan CIMB Classics dekat The Mines Resort & Golf pada 24 - 28 Oktober ni. So kite boleh ramalkan yang PRU mungkin tak berlaku dalam masa terdekat nih.

PM kita pun ade respon berkenaan kedatangan pakcik harimau ke Malaysia sebab dah hampir 13 tahun dia tak mai sini. So dikatakan mungkin dengan kehadiran pakcik harimau bakal memeriahkan petandingan golf tuh. Maka pertandingan golf bertaraf PGA bakal berlansung di Malaysia. Fuyooo...

Ape-ape lah. Janji PRU confirm2 ada cuma tak tau bila. Berahsia sunggoh maklumat berkenaan PRU nih. So bagi yang layak untuk mengundi, undilah sebijak yang mungkin. Yang belom cukup umo, bawak-bawak bersobo ye. Time kamu akan tiba kelak.


p/s: CEO punya bos adik PM kan?

Faktor ekonomi paksa Najib panggil PRU-13 awal?

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan akan dipaksa untuk memanggil pilihan raya umum ke-13 awal tahun depan bagi mengurangkan kesan ke atas kedudukan politik parti pimpinannya ekoran ramalan kemerosotan persekitaran ekonomi, kata firma Nomura dalam laporannya mengenai prospek 2012 Malaysia.

Ketika spekulasi menyebut Najib akan memanggil pilihan raya umum dalam tempoh enam bulan akan datang, mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.

Kebanyakan parti mengatakan bahawa sudah bersedia ke arah pilihan raya umum. Parti teras Barisan Nasional pimpinan Najib (gambar) mengadakan perhimpunan tahunannya bermula hari ini, dengan fokus ke atas persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Firma penyelidikan Jepun itu menambah, pertambahan pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 bermakna akan wujud persaingan sengit dalam mendapatkan sokongan.

“Detikan jam bergerak dengan cepat. Spekulasi memuncak bahawa pilihan raya akan datang boleh diadakan dalam beberapa bulan lagi,” kata laporan itu.

Firma itu menambah, selaku ekonomi berorientasikan eksport ketiga utama di Asia selepas Hong Kong dan Singapura, Malaysia terdedah kepada kesan kemungkinan kelembapan di China.

“Dalam senario sedemikian, Malaysia akan berakhir dengan kedudukan mudah terjejas,” katanya sambil menambah, tiga enjin pertumbuhan iaitu ekonomi sektor awam dan swasta, eksport pengeluaran dan sumber-sumber komoditi kemungkinan akan berada di kedudukan yang lebih lemah.

Bagaimanapun kerajaan mempertahankan bahawa ekonomi akan kekal tidak mudah luntur meskipun wujudnya masalah fiskal di negara-negara maju di Eropah.

Laporan Nomura juga berkata, dengan pengundi-pengundi layak meningkat sebanyak 1.9 juta kepada 16.3 juta pada akhir suku pertama tahun dan peningkatan pengundi-pengundi layak boleh mencecah 3.2 juta pada suku pertama 2013.

“Dengan mengambil kira 2.58 juta tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008, kami menganggarkan bahawa bilangan mereka sebenarnya mengundi boleh mencecah 9.43 juta, satu bilangan yang signifikan, yang pada pandangan kami kemungkinan akan meningkatkan saingan memandangkan perikatan yang memerintah hanya menang dengan majoriti 384,688 undi pada 2008,” kata laporan itu.

Nomura juga menyebut kemungkinan bukan semua pengundi yang layak akan mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Source: The Malaysian InsiderThe Malaysian Insider – Tue, Nov 29, 2011
By Lee Wei Lian

Teka-teki PRU...Bilakah?

ANALISIS, 7 Nov — Datuk Seri Najib Razak selesai menunaikan haji. Parlimen dijangka akan selesai meluluskan Bajet 2012 minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat menyambung persidangannya esok. Ia antara pertimbangan terbaru spekulator bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bulan ini.

Tinggal enam bulan mandat kerajaan pusat semasa genap empat tahun. Lazimnya sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Dalam hal ini, PAS Selangor meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bulan depan selepas berakhirnya musim haji susulan publisiti meluas oleh media untuk memberi kesan positif ke atas kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang keenam. Pilihan raya umum ke-13 adalah yang pertama bagi Najib selaku Perdana Menteri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad mengandaikan Najib akan mengumumkan tarikh berkenaan setelah beliau pulang dari tanah suci.

“Apabila beliau (Najib) balik pada 9 atau 10 November, ada kemungkinan dikatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 11 November dan pilihan raya akan diadakan bulan depan,” kata beliau dengan mengandaikan publisiti meluas ketika berada di Mekah seolah-olah akan memberikan imej baru kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau memberitahu publisiti yang meluas ketika berada di Mekah menguatkan lagi ramalan bahawa tarikh pilihan raya umum ke-13 semakin dekat.

“Kita masih berharap pilihan raya umum tidak diadakan bulan hadapan kerana bimbang masalah banjir selain membolehkan Pakatan Rakyat melakukan persiapan rapi,” katanya baru-baru ini. Pada masa yang sama Ahli Parlimen Shah Alam itu menjangkakan pilihan raya umum ke-13 bulan depan sebab Bajet 2012 akan diluluskan minggu ini.

Justeru kata wakil rakyat penggal pertama ini, pembubaran Parlimen tidak perlu menunggu sesi perbahasan selesai, sebaliknya hanya memerlukan Bajet 2012 diluluskan.

Perbahasan peringkat dasar Bajet 2012 sudah selesai. Kini ia masuk peringkat jawatankuasa.

“Kita berasa aneh... sesi perbahasan bajet kali ini, berakhir lewat setiap hari sejak hari pertama sidang Dewan Rakyat (yang bermula 3 Oktober lalu), seolah-olah bajet mahu diluluskan dengan cepat. Ini berbeza dengan sesi perbahasa bajet sebelum ini, berdasarkan pengalaman saya,” katanya.

Meskipun Bajet 2012 akan diluluskan dalam waktu terdekat, penganalisis politik veteran Datuk Seri Prof Dr Datuk Syed Arabi Syed Idid pula melihat “Disember 2011 akan kekal sebagai bulan janji sebab segala ganjaran dan imbuhan yang dijanjikan oleh Datuk Najib perlu dilaksanakan dan ditunaikan.”

“Ganjaran dan imbuhan ini akan ditunaikan... wang tunai yang dijanjikan akan sampai ke tangan penerima akhir bulan depan dan awal Januari... ia memerlukan masa, jadi tidak mungkin pilihan raya umum tahun ini,” kata beliau dengan mengandaikan kemungkinan pilihan raya selepas awal Februari depan.

“Kemungkinan bulan Februari atau Mac, bukan tahun ini,” kata beliau.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir pada April 2013.

Syed Arabi juga mengandaikan tarikh itu memandangkan BN sebenarnya belum selesai membincangkan soal pembahagian kerusi dan calon khususnya yang membabitkan Sabah dan Sarawak.

“Saya tidak nampak sebarang penyelesaian yang konkrit dalam BN sendiri setakat ini. Parti-parti pembangkang nampak ada laporan mengenai perkara. Jadi ia akan mengambil sedikit masa... pilihan raya umum tahun ini sangat tidak mungkin,” katanya lagi.

Bagaimana dengan pendirian parti-parti komponen Pakatan Rakyat? Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak kisah bila Najib hendak membubarkan Parlimen.

“Bila pilihan umum akan diadakan, itu kena Datuk Najib dan (isterinya) Datin Seri Rosmah (Mansor),” jawab Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad apabila ditanya mengenai spekulasi yang semakin meningkat dengan spekulasi memfokuskan tanggal 11 November — iaitu Jumaat ini — atas alasan nombor “11” adalah angka pilihan Najib.

“Bagi kami, PKR sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa, kami sudah mengadakan konvensyen pilihan raya baru-baru ini, jentera sudah bersiap sedia, calon-calon pun sudah disenaraipendekkan,” kata beliau ketika dihubungi.

PKR akan mengadakan kongres tahunan mereka di Johor hujung bulan ini dan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor tidak melihat ia sebagai satu masalah.

“Jika Parlimen dibubarkan, kami akan menangguhkan kongres. Tetapi setakat ini, kita tiada apa-apa maklumat mengenai pilihan raya, jadi kongres diteruskan sebagaimana telah dijadualkan,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Meskipun keputusan membubarkan Parlimen adalah prerogatif perdana menteri, pemimpin Umno, parti teras BN masih beranggapan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil tahun depan.

Berkongsi pandangannya dengan The Malaysian Insider, Exco Pemuda Umno Lokman Adam berkata, “saya masih beranggapan apa yang diperkatakan sekarang hanya sekadar spekulasi. Saya masih berkeyakinan bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan tahun depan, tetapi bila tarikhnya... saya tidak tahu.”

Lagipun tegas beliau, BN dan Umno tidak terdesak untuk mengadakan pilihan raya awal. “Tiada sebab untuk diadakan pilihan raya, tetapi kita faham menjadi prerogatif perdana menteri untuk memutuskan bila ia akan dipanggil,” kata beliau yang mengetuai biro pidato sayap pemuda Umno ini.

Dalam nada sindir, Lokman berkata, “saya pun tidak faham dengan (Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia) Badrul (Hisham Shaharin) ini... mereka itu gila, dulu tuduh Datin Seri Rosmah dalam isu cincin, kemudian anak berbelanja RM200,000 di Australia, orangnya pun tak pergi... sekarang buat spekulasi 11 November.”

“Saya tak faham apa yang mereka fikirkan ini, mereka kena terima belajar kekalahan. Bagi kami tidak ada apa-apa, kami buat kerja macam biasa sahaja,” kata Lokman yang turut menyentuh mengenai cadangan Solidariti Anak Muda Malaysia bahawa satu gerakan besar-besaran akan diadakan sebagai amaran kepada Najib jika gagal melakukan proses penambahbaikan pilihan raya sebelum pilihan raya umum diadakan.

Kelmarin, Solidariti Anak Muda Malaysia berkata jika gesaan itu tidak atau gagal dipenuhi, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengadakan protes dengan mobilisasi yang besar sebagai menuntut proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil. Ia susulan kepada perhimpunan Bersih 2.0.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Datuk Ibrahim Ali (kanan) juga berpandangan teguh bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak mungkin akan diadakan tahun ini.

“Saya tidak fikir pilihan raya umum tahun ini... saya masih yakin, fikir tahun 2012,” kata Presiden Perkasa ini dengan merujuk kepada faktor cuaca - ramalan bahawa banjir besar kemungkinan akan melanda negara dalam waktu terdekat.

“Selain faktor cuaca, sebenarnya persiapan (semua parti) belum rancak lagi, tiada papan-papan tanda yang menunjukkan demam pilihan raya... saya tidak fikir tahun ini,” katanya lagi.

Selain kongres tahunan PKR hujung bulan ini, Umno juga akan mengadakan perhimpunan agung tahunan akhir bulan ini. Ia akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menyempurnakan sesi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya akhir bulan ini. Cuti persekolahan akan bermula pertengahan bulan ini.

Sumber: Oleh G Manimaran

Penguatkuasaan undang-undang murtad masih lemah

PASIR PUTEH: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, mengakui penguatkuasaan yang lemah sebagai punca undang-undang murtad negeri itu tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

Beliau berkata, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad sudah wujud sejak 1980 dan pihak terbabit boleh didakwa di mahkamah sivil, ia masih tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi kuatkuasa.

"Ini antara penyumbang mengapa undang-undang murtad tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini," katanya pada satu majlis di sini hari ini.

Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Ulama Negeri Kelantan diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Dewan Rakyat bahawa orang bukan Islam boleh didakwa berhubung isu penyebaran fahaman agama.

Mohamad Shukri, enakmen berkenaan antara lain menetapkan 30 perkataan termasuk "Allah" atau "Muhammad Rasulullah" tidak boleh digunakan oleh pihak tertentu.

Sumber: BERNAMA

Ayatollah beri amaran kepada AS

TEHERAN 17 Okt. - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa Iran akan mengambil tindakan tegas jika AS bertindak 'menyerang' negara ini.

Ini berikutan ikrar AS yang mahu mengenakan sekatan termasuk memujuk masyarakat antarabangsa supaya memulaukan Iran berhubung dakwaan penglibatan Iran dalam komplot membunuh Duta Arab Saudi di Washington, Adel al-Jubeir, baru-baru ini.

''Jika para pegawai AS melakukan penipuan, mereka seharusnya tahu bahawa apa jua tindakan yang dikenakan sama ada secara politik atau keselamatan, segalanya akan menerima tindakan tegas daripada Iran,'' kata Khamenei.

Jelas beliau, tuduhan AS terhadap Iran berhubung komplot pembunuhan itu hanyalah untuk mengalih perhatian mengenai masalah ekonomi yang sedang dihadapi AS termasuk protes daripada Occupy Wall Street.

''Dengan dakwaan yang tidak berasas itu, mereka cuba mengaitkan atau menggambarkan kita (Iran) menyokong keganasan.

''Tetapi, konspirasi itu tidak akan berjaya,'' tegasnya.

Sementara itu, Presiden Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa dakwaan AS itu hanyalah sesuatu yang direka-reka.

''Budaya keganasan hanyalah milik kamu (AS),'' jelasnya.

Dalam pada itu, Iran memohon untuk mendapatkan lawatan konsular terhadap Manssor Arbabsiar, 56, yang kini ditahan di AS berhubung dakwaan terlibat dalam komplot membunuh Adel. - AGENS

Sumber:Utusan Online

Bersih 3.0 akan DIGERAKKAN?

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan Bersih 3.0 tidak lama lagi. Ini kerana semua 8 tuntutan Bersih tidak dilayan oleh Kerajaan Malaysia dan SPR.

Oleh itu tidak ada pilihan lain, Bersih 3.0 mesti digerakkan bagi menggesa kerajaan dan SPR melaksanakan 8 tuntutan tersebut.

Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan mengadakan himpunan khas bagi membantah tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung Maykad klon pada 25 Oktober ini di bangunan Parlimen, bermula jam 11.00 pagi.

Himpunan tersebut akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, barisan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Keadilan dan DAP dari Pakatan Rakyat.

Oleh Sofi Wahab (Tranungkite Online)

Video simple tapi best!

By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, Sept 25 — A Barisan Nasional (BN) MP disagreed today that the “Undilah” video is apolitical, insisting that the public service announcement urging Malaysians to vote contains “subliminal” messages to ridicule the establishment.

While admitting that he appreciated the video’s catchy tune and its aim of encouraging Malaysians to vote, Kota Belud MP Datuk Abdul Rahman Dahlan pointed out that certain scenes in the 4.38-minute video appeared to be “not so pleasant to BN”.

He said at one point in the clip, a man dressed as Star Wars’ character “Jabba the Hut” is seen standing next to a poster of Datuk Seri Najib Razak, a scene that appeared to mock the prime minister.

“There are some elements that ridicule the establishment,” he told The Malaysian Insider when contacted.

Watch the video,


At the beginning of the video, added Abdul Rahman, a man is seen browsing Harakah, a PAS organ, with headlines that read, “BN tiru Buku Jingga” (BN copied Buku Jingga). Buku Jingga is a book detailing Pakatan Rakyat’s (PR) 100-day reform promises should it come to power in the next polls.

He said the video also briefly showed a snapshot of the Tung Shin Hospital in Kuala Lumpur, which was the centre of much controversy during the uproar over claims of police brutality at the Bersih 2.0 July 9 rally.

The use of Umno’s Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah as the video’s main star, added Abdul Rahman, also appeared to encourage Malaysians to fight the establishment.

Tengku Razaleigh, also known as Ku Li, is known to be openly critical of his party. In the “Undilah” video by musician Pete Teo, Ku Li is seen describing Malaysia as a country with “many problems”.

“I appreciate the effort of getting the younger generation to register and to vote. It is a noble cause. But I think in order for you to be more effective, you really need to be non-political about it,” Abdul Rahman said.

He admitted that the video does not overtly urge Malaysians to vote against BN but insisted that certain scenes were enough to show a slant towards the opposition.

The Sabah MP had asserted his position on his Twitter page earlier today, earning brickbat from some of his followers.

When asked to comment on the Malaysian Communications and Multimedia Commission’s (MCMC) decision to pull “Undilah” off from national television broadcasts, Abdul Rahman said the regulator “must have had its own reasons”.

He declined to comment further on the move but reiterated his opinion that “Undilah” was not apolitical.

Apart from Tengku Razaleigh, the video also features other BN personalities like MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong, Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin and opposition figures Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad and Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pembaharuan politik najib

KUALA LUMPUR, 15 Sept - Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pendekatan-pendekatan baru - dilihat sebagai “pembaharuan politik” yang bakal memfokus pada soal keselamatan dan undang-undang media malam ini - untuk menyuntik “nafas baru” ke atas pentadbirannya berusia 29 bulan susulan kritikan banyak pihak dan populariti pula terus menyusut.

Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan secara langsung pada pukul 8.45 malam sempena sambutan Hari Malaysia esok.

Mesyuarat mingguan Kabinet semalam memutuskan bahawa Najib perlu memaklumkan rakyat Malaysia mengenai pembaharuan yang beliau laksanakan berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang media berkaitan dengan media.

“Perdana Menteri menghalusi ucapannya dan ia merangkumi sejumlah pembaharuan yang beliau katakan ketika mengambil alih jawatan (ketua kerajaan) pada 2009,” kata seorang pegawai kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Beberapa menteri Kabinet mengesahkan bahawa Najib akan membuat pengumuman besar sebagaimana dimaklumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim malam tadi tetapi enggan mendedahkan perkara yang hendak disentuh.

“Hanya beberapa menteri Kabinet dirunding dan kesemua telah mengangkat sumpah rahsia,” kata salah seorang daripada mereka kepada The Malaysian Insider, sambil menambah Najib memberitahu mereka agar mengharapkan pengumuman yang baik.

Seorang lagi menteri berkata, Najib memberitahu Kabinet bahawa beliau akan membuat satu keputusan istimewa tetapi tidak menjelaskan pada mesyuarat mingguan semalam.

The Malaysian Insider difahamkan ucapan Najib malam ini akan menjadi loncatan kepada persiapan kerajaannya menghadapi pilihan raya umum tergempar, dijangka November ini.

Pada Isnin lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Najib kemungkinan akan memansuhkan ISA seawal minggu ini kerana beliau menghadapi momentum baru menjelang pilihan raya umum.

Najib yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dengan janji akan mengkaji semula undang-undang keselamatan tetapi berhadapan dengan kritikan pelbagai pihak ekoran dasarnya yang sering kali tidak konsisten sedang mempertimbangkan pemansuhan undang-undang yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Meskipun wujud halangan dari dalam kerajaan sendiri, difahamkan penasihat-penasihat Najib telah memberitahu Perdana Menteri bahawa beliau perlu membuat tindakan drastik untuk memenangi sokongan golongan pertengahan dalam pilihan raya umum.

Sejak beberapa hari lalu, idea memansuhkan ISA dibawa oleh laporan media asing seperti Straits Times Singapura dan agensi berita Reuters.

“Usaha ini bertujuan mencari keseimbangan yang baik antara kebebasan awam dan keselamatan nasional, yang menjadi janji utama kerajaan dan adalah penting ini dilakaukan sebelum pilihan raya umum,” kata satu sumber kepada Reuters Selasa lalu.

Isnin lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Najib sewajarnya melewatkan pilihan raya umum.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjkkan populariti Najib merosot terus sejak Mei 2010 khususnya dikaitkan dengan kes cara pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Editor: Jahabar Sadiq