Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
[VIDEO] Raja Bomoh Sedunia Muncul Lagi
Semalam punya cerita, Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengadakan ritual ‘menghalau puaka’ di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung.
Bomoh1 MalaysiaKawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaikinya berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.
Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan.
Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama.
Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam.
Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.
Sumber: SelangorKini
p/s: apa nak jadi?

Senjata Kimia di Syria
Ya Allah, bantulah pejuang-pejuang Islam di Syria, Palestin, Mesir, Burma dan umat Islam di tempat-tempat lain. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pertolongan. Doa adalah senjata umat Islam. Jom berdoa kuat-kuat!! Allahumma-nsuril-Islama wa ahlahu fi kulli makaan.
Isu Mesir di Mata Kita
Aku percaya sesiapa yang masih rasa dia seorang muslim pasti mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera al sisi laknatullah membunuh rakyat mesir secara terang-terangan. Mereka menutup segala pintu rundingan antarabangsa bagi tujuan nak hapuskan seluruh umat Islam dan penyokong Dr. Morsi.
Kejam! itu je ungkapan yang paling sesuai. Tentera laknatullah a.k.a mafia tali barut tentera dilengkapi senjata canggih target kepala, dada, dan seluruh badan saudara mara kita. Tembakan bertalu-talu tanpa mampu membalas. Satu persatu gugur.
InsyaAllah di kurniakan syahid ke atas yang gugur. Kami ummat Islam di seluruh dunia khususnya Malaysia akan sentiasa mendoakan kemenangan Umat Islam di Mesir, Syria, Palestin, Burma etc.
Terbaca dari FB Ustaz Nazmi Karim (Original) mengatakan al sisi laknatullah ni ade darah yahudi sebelah mak dia. So tak heran la dia dok beria sangat nak bunuh umat Islam. Banyak betol agen yahudi kat dunia nih! Malaysia? Nauzubillah...
Belum habis di Syria, Mesir pulak jadi sasaran. Lepas ni negara Islam mana pulak? Wallahualam. Mintak dijauhkan ya Allah. InsyaAllah, bantuan Allah pasti datang.
Kepada sesiapa yang nak tahu maklumat terkini pasal isu di mesir boleh ke FB Mesir Kini. kat situ segala maklumat akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Tolonglah menjadi seorang Islam yang sentiasa mahu dan ingin tahu pasal saudara kita kat sana. Doa kita penting untuk mereka.
-----Save Palestine ----Save Syria ---- Save Egypt ----
Mini RaSE: Duduk2 Baca Quran KLCC
- Al-Quran
- Telekung (Wanita)
- Kain pelikat (Lelaki)
- Tikar
- Makanan Iftar (potluck)
- Flyers (sebarkan Islam, kesedaran umat e.g. palestin, syria etc.)
Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir
Solat itu WAJIB
Solat itu tiang agama, mereka sedang menegakkan Islam tanpa rasa sedikit pun terkesan dengan hal dunia. Beruntunglah bagi mereka yang Allah kehendaki mendapat rahmat dan perlindungan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pelindung. Berjuanglah wahai saudaraku. Kami di sini mendoakan kemenangan kalian. Amin
Kita di Malaysia aman tenteram. Maka bersolatlah. Solat kan wajib ;) Selamat bersolat Jumaat
Syria Menangis, Korang?
Isu kekejaman kerajaan syria basyar alassad laknatullah dan tentera-tentera syiah laknatullah sudah tersebar luas kat laman sesawang terutamanya facebook. Kepada mereka yang selalu sangat main facebook tapi tak tahu pasal isu syria ni memang aku tak tau nak cakap ape la. Tragedi yang berlaku kat syira ni adalah perkara yang tidak boleh diterima sesama sekali.
Aku tak nak cerita banyak pasal syria sebab dah begitu banyak sumber yang orang awam boleh perolehi kat internet. Cuma isunya sekarang, masyarakat Malaysia ni nak ambik tahu atau tak je. Itu perkara pokoknya!
Hypothesis aku, mereka yang mengetahui pasal isu syria nih majoriti dikalangan mereka yang mempunyai akses internet samaada di rumah, pejabat ataupun mane-mane wifi free. Dan mungkin juga ramai yang tak dapat kemudahan internet khususnya di kawasan pendalaman. Nak cari dalam akhbar? Nak harapkan media massa kat negara ni? Lagi bercelaru pemikiran rakyat. Pejuang Islam dikata pengganas, yang pengganas kata pejuang Islam. Tu belum isu fahaman syiah laknatullah yang dah tersebar kat Malaysia tahan airku nih sejak berkurun lamanaya...Punah mentaliti..Punah akidah...Nauzubillah.
Aku bukan lah pelayar facebook yang tegar, tapi bila login tu baca jugak la posting2 yang ada. Macam-macam posting. Isu semasa, luahan perasaan, ayat-ayat cinta, ayat motivasi, maki hamun orang etc. Bak kata pakcik iklan tv suatu ketika dulu tu "macam-macam ada". Tapi sangat susah nak cari posting pasal isu syria ke, palestin ke...aku tertanya-tanya, depa ni tau ke tak isu nih. Ke tau tapi senyap2 je? atau paling teruk xmau ambik tau langsung. Aku tak mau nak menunding jari kat sapa2, bagi aku, suara rakyat syria harus diutarakan di kalangan masyarakat kita.
Ahli sunnah wal jamaah itu kita. Juga rakyat syria. Mereka disembelih, dirogol, dibunuh setiap hari. Orang tua, wanita, kanak2 dan bayi sekalipun tak terlepas. Asalkan mereka itu ahli sunnah wal jamaah. Kita kat sini hidup dengan aman damai (boleh kata damai gak la), at least, bila suara saudara kita di syria ni sampai ke seluruh pelusuk ahli sunnah wal jamaah Malaysia, InsyaAllah akan ada inkhtiar yang datang untuk membantu. Kalau kita tak mampu nak pergi berperang berjihad ke sana, kita masih punyai harta, RM0.50, RM1.00, RM5 sekalipun adalah sangat membantu. Kalau kita tak cukup harta nak sedekah, berdoa lah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di syria.
Aku suka tengok satu video ni. Ayat dia cukup mendalam. Al-Tabarani dalam riwayat sahih berkata kepada Aku Umamah (RA), Rasullullah SAW pernah bersabda "Di antara tanah-tanah Allah yang paling elit adalah Al-Shaam (syria). Tahukah kenapa hadis tu memberi penekanan ke atas Al-Shaam?
Kerana di dalamnya (syria) terdapat ciptaan Allah dan hamba-hambaNya yang paling elit dan dia (Rasulullah SAW) telah bercakap benar.
Kesabaran, ketabahan, keberanian mereka sangat menakjubkan. Sebab itu mereka dilabelkan sebagai hamba-hamba yang elit. SubhanAllah. Dan mereka bertempur dengan puak2 syiah dengan niat utk mati syahid. Allahuakbar!!
Jom kawan-kawan, sebarkan kepada yang lain. Semoga usaha ciput ni akan mendapat tempat keizinan dan rahmat Allah. Love our brother and sister out there. PEACE!
Jom kawan-kawan, sebarkan kepada yang lain. Semoga usaha ciput ni akan mendapat tempat keizinan dan rahmat Allah. Love our brother and sister out there. PEACE!
Selawat atas Nabi Muhammad SAW
“Sesiapa daripada kalangan satu jamaah yang berada dalam satu majlis kemudian mereka beredar meninggalkan majlis tersebut tanpa menyebut nama Allah serta tidak berselawat ke atas RasulNya, maka mereka tidak akan memperolehi sesuatu di hari akhirat kecuali penyesalan”
SubhanaAllah. Besar sunggoh kelebihan berselawat kan? Bukan je manusia, Allah dan malaikat pun berselawat pada Rasulullah SAW seperti firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 52,
“Sesungguh Allah dan para malaikatNya berselawat (menyampaikan rahmat serta memuji) untuk Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman berselawat serta ucapkanlah salam ke atas Nabi dengan sebenar-benarnya”
Nampak mudah kan nak berselawat? Tapi ganjaran pahala sangatlah besar. Kalau korang dengar dalam tv, radio, orang kat pasar, ceramah atau mana-mana yang menyebut perkataan "Rasulullah SAW" atau "Nabi Muhammad SAW", sunat dijawab Sallallah Alaihi Wassallam (SAW) iaitu dalam bahasa inggerisnya Peace be upon him (PBUH). Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim
“Sesiapa yang berselawat ke atas diriku sekali nescaya Allah berselawat ke atas dirinya sebanyak sepuluh kali”. Malah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizhi “Orang yang bakhil ialah seseorang yang tidak berselawat ke atas diriku”.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang dengar nama Rasulullah SAW disebut namun tak berselawat ke atasnya, amat rugi bro....rugiiii...siap dapat label bakhil. Sabda Rasulullah SAW;
"Mereka yang bakhil adalah mereka yang mendengar namaku tetapi tidak berselawat kembali kepadaku." [riwayat Termizi dan Nasaie dan Ibnu Hibban]
Kita kedekut kat dunia dengan Rasulullah SAW, then bila akhirat nanti nk minta syafaat dari baginda. Pergh....Pikir-pikirkan.
Sumber: Blog IbnuWafi
We love you sister
Aku tahu awak ada rupa (cantik).
Aku tahu awak punyai ramai fans even awak bukan artis.
Kira hebat tuh..
Aku tahu juga awak sangat up-to-date dengan fesyen terkini.
Aku tahu juga awak juga mempunyai teman lelaki yang hensem.
Tapi adik
Amat sayang sekali sebab awak terlalu menunjuk-nunjuk
Bentuk badan awak
Kemesraan bersama teman lelaki awak
Dan awak tayangkan ia di khalayak umum
Ya betul, itu memang hak awak
Sebab akaun tu awak sendiri yang sign-up
Namun ada garis panduan yang patut dipatuhi sebagai orang Islam.
Islam pun tidak menghalang untuk ummatnya bersosial
Aku mendoakan agar suatu hari nanti awak akan menjadi seorang wanita solehah. Aku sangat bimbang apabila persekitaran awak yang seringkali dipuji dan dipuja akan membuatkan awak terus lalai dengan dunia yang direka sendiri itu.
Jika awak sedang mencari-cari panduan untuk menjadi wanita solehah, berbalik lah kepada Al-Quran dan sunnah, mintalah petunjuk dari Allah. Lalu cari lah seorang guru yang baik, teman yang memahami keinginan awak itu. Jadikanlah Saidatina Aisyah, Fatimah, Khadijah dan lain-lain sebagai contoh. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar di bukakan hati untuk menjaga maruah seorang wanita muslim dan istiqamah dalam urusan. We love you
Bangunlah Umat Islam
Kenapa nak ambil kisah pasal mereka?
Mereka orang arab, kita orang melayu..mereka duduk jauh dari kita bahkan bukan satu negara pun. Jumpa lagi la tak pernah. Kenapa nak ambik kisah? Jawapannya adalah kita dengan mereka ada persamaan. Mereka ada khalimah "La ilaha illallah, muhammad ya rasulullah". Kita pun ada. Kalimah tauhid yang sangat agung yang setiap muslim sebut dalam solat. Selain tu, hadis yang cukup populer ni juga menekankan bahawa sesungguhnya Islam itu bersaudara. Ya kita dengan abdullah, karrim, omar, zayyid dekat Palestin dan Syria tu bersaudara. Yakinlah bahawa mereka saudara kita.
Dengan perkembangan isu Palestin dan Syria di Malaysia ni, boleh dikatakan sangat memberansangkan di mana penglibatan anak muda dah mula meningkat. Pemahaman dan kesedaran betapa pentingnya sifat ambil tahu antara umat Islam kian menebal.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Aku pohon anak muda kat luar sana yang update dengan isu semasa, yang ada kemudahan internet, gadget bagai yang membolehkan korang mencapai maklumat berkenaan isu-isu agama, especially isu kat Palestin dan Syria ni, sebarkanlah semampu yang boleh. Gunakan segala media yang ada untuk membangkitkan kesedaran dan sifat ambil tahu di kalangan kawan lelaki korang, jiran, rakan opis, follower twitter atau blog dan masyarakat umum.
Ingatlah satu hari nanti di hari pembalasan, bila anak-anak kecil, pakcik makcik, atok nenek yang gugur syahid di medan perang tuntut kat kita kenapa tak tolong mereka, apa kita nak jawab? Dengan sedikit usaha yang tak seberapa nih moga-moga di angkat Allah sebagai satu pengecualian bila kita dituntut di padang masyar kelak. InsyaAllah.
Perhatian!
Kepada yang aktif main facebook, twitter, blog atau ape benda lagi yang seangkatan dengannya, aku nak mintak tolong korang gunakan laman sosial ni sebaik yang mungkin. Kalau setiap hari korang boleh tweet kat twitter atau post kat dinding facebook tu sampai 10-20 posting, at least korang bagi peluang at least 1% info berkenaan umat Islam. Kalau takde idea pun, korang boleh amik kat tempat lain pastu share dekat page korang. Itu dah cukup cantik tuh. Rasulullah SAW pernah berpesan, sebarkanlah walau satu ayat.
Korang bantu agama Allah, Yakinlah, pertolongan Allah pasti datang kat korang. InsyaAllah.
Puisi Afdlin Shauki
Kalau tengok sekarang, ramai artis-artis yang dah mula terbuka hati untuk terima Islam secara terbuka. Penghijrahan yang berlaku ni agak drastik. Keterbukaan dan penerimaan masyarakat khususnya kat Malaysia nih memang agak menakjubkan. SubhanaAllah. Allah buka pintu hati mereka-mereka ni untuk bersama-sama memperjuangkan Islam.
Malaysia memang sedang mengalami transformasi...Transformasi akidah. Semua orang dapat rasakan. Alhamdulillah. Semoga kita umat Islam akan terus istiqamah walau apa pun cabaran yang bakal kita hadapi.
Berhijrahlah wahai saudara-saudaraku. Kibarkan panji-panji Islam. InsyaAllah, dunia khalifah bakal bersinar kembali.
Training and Trainers
![]() |
| Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.haluan.org.my/ |
Download Al-Quran mp3: Sheikh Mishari Rashid Alafasy
Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Di sini aku nak kongsi mp3 Al-Quran bacaan Sheikh Mishari Rashid Alafasy. Rakaman ni dibuat masa beliau sembahyang Taraweeh pada tahun 1430 Masihi H./2009 di Irvine, California. Berikut merupakan link yang menyediakan fungsi download untuk mp3 tersebut. Semoga bermanfaat pada semua ;)
QuranicAudio.com- Al-Quran Recitations by Sheikh Mishari Rashid Alafasy
Serba sedikit maklumat berkenaan QuranicAudio.com
QuranicAudio.com is the largest collection of cd quality Quran recitations on the internet. Mp3s on this site may be downloaded and used for personal use free of charge. Files on QuranicAudio.com come from many different sources. Many of them are hand ripped from cds. Others have been downloaded from various other high quality sites on the internet, including HidayahOnline, DawahAcademy, GetIslam.net, Kalamullah.com, Sabbir.com, dhikrullah.com, zanjabil.net, shuraym.com, and others. Many of the files have also been sent to us by some of our users, may Allah reward them greatly.
p/s: amat meminati sheikh mishary ;)

10 Perkara Tak Boleh Lupa!
Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Sekadar berkongsi sedikit maklumat yang diperolehi dari Majalah Haluan terbitan 2008. Terbaca masa nak tunggu buat medical check-up pagi tadi.
10 Perkara yang Jangan Korang Lupa
1. Ramadhan yang bakal kita tinggalkan sebab kita belum tentu dapat bertemu lagi ramadhan tahun depan. Sesungguhnya orang yang soleh tu bersedih dengan pemergian ramadhan.
2. Muhassabah diri. Apakah kita telah menghabiskan masa di bulan ramadhan dengan sebaik2nya seperti solat sunat tarawih, baca al-quran, sedekah dan sebagainya.
3. Bayar zakat firtrah.
4. nikmat dan rahmat yang Allah beri dengan bertasbih, bertahmid, dan bersedekah.
5. Sunnah Rsulullah SAW pada hari raya seperti mandi sunat raya, solat sunat raya, berpakaian baru, pakai wangian, makan sedikit sebelum solat sunat raya, pergi dan pulang solat sunat raya dengan melalui jalan yang berbeza.
6. Bermaaf2an sesama keluarga terutamanya Ibu dan bapa, ziarah saudara mara.
7. Jaga batas syarak seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, percakapan yang sia-sia atau muzik yang melalaikan. Jangan tersasar sambutan hari raya dengan mengunjungi tempat hiburan, pawagam dan sebagainya.
8. Mereka yang tidak bernasib baik dan tidak dapat berhari raya seperti fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, dan orang-orang tua yang terbiar.
9. Saudara Islam kita di Palestin, Syria, Lubnan, Iraq, Afganistan, Kashmir, Chechnya, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Myanmar yang berhari raya dalam keadaan perang, kehilangan insan tersayang, harta benda dan sebagainya.
10. "Dan tidak sesekali Yahudi & Kristian akan meredhoi kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak mengikut cara hidup (termasuk agama) mereka. Katakanlah kepada mereka (kaum kafir itu), sesungguhnya cukuplah bagi kami petunjuk daripada ALLAH (Al Quran). Tetapi, jika kamu (umat Islam) masih mahu mengikut mereka (kaum kafir itu) setelah datang kepada kamu (petunjuk dan peringatan), maka perbuatlah sedemikian, namun kamu tidak akan mendapati bantuan dan pertolongan ALLAH bagi kamu" (Surah Al-Baqarah: 120)
p/s: doakan untuk saudara kita di seluruh dunia

Petua Mencari Malam Lailatul Qadar
Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Rasulullah SAW berpesan bahawa malam lailatul qadar akan berlaku dalam satu malam dari 10 malam terakhir bulan ramadhan dan ianya jatuh pada hari yang berangka ganjil. Imam Ghazali memberi tips bagi umat Nabi Muhammad SAW mencari lailatul qadar.
Ia bergantung jika 1st Ramadhan jatuh pada:
Tanda-tanda malam lailatul qadar.
Jom kita bersama-sama memeriahkan bulan ramadhan tahun ni. Berdoa dan berusaha agar kita semua di kurniaan Allah malam mulia itu. Wallahualam...
Sumber: Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar
p/s: Alangkah bertuahnye kan dapat temui malam Lailatul qadar...

- Isnin - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
- Selasa atau jumaat - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
- Khamis - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
- Sabtu- malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan;
- Ahad atau rabu malam - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan;
Tanda-tanda malam lailatul qadar.
- Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
- Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
- Pada malam lailatul qadar, malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba merasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Jom kita bersama-sama memeriahkan bulan ramadhan tahun ni. Berdoa dan berusaha agar kita semua di kurniaan Allah malam mulia itu. Wallahualam...
Sumber: Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar
p/s: Alangkah bertuahnye kan dapat temui malam Lailatul qadar...
Kau sape nak tangguh-tangguh?
Assalamualaikum & slamat sejahtre.
Siapa aku, kau dan dia yang berani nak tangguh-tangguh?
Jika awek panggil, kelajuan mengalahkan the flash.
Kalau cikgu suruh, tunduk-tunduk hangguk tanda faham dan 'saya akan buat segera'
Sebaik sahaja azan dikumandang....
Ala kejap la ibu..kejap la boss...
Sedarkah bahawa seruan itu datang dari yang Maha Pencipta?
Mungkin kerana sudah terbiasa.
Sejak dari kecil dengar, so 'macam biasa lah'
Siapalah kita untuk mengatakan 'NANTI' kepada-Nya?
Besar mana pangkat kita untuk berkata 'TUNGGU JAP'?
p/s: teringat cerita bohsia 2 part si keting rosak moto depan masjid tuh ;P

Siapa Tok Kenali?
TOK KENALI atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialah Awang) dilahirkan di Kenali, Kelantan pada tahun 1868 Masihi. Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan sistem pengajian pondok yang terdapat di negara ini amnya dan di Kelantan, khususnya.
Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang datang 'mengaji' dari setiap pelosok negara termasuk dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Selatan Siam: "Belajar rajin-rajin" dan "balik buka pondok!"
Beliau dianggap wali kerana dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai karamah seperti berjalan di permukaan air, dapat berada di banyak tempat dalam jangka masa yang singkat, mempunyai mulut yang masin (berlakunya beberapa perkara setelah dikatakan oleh beliau).
Beliau juga dapat mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku seperti kedatangan Jepun dan peristiwa banjir besar.
Beliau meninggal dunia dalam usia65 tahun pada 19 November, 1933.
Tenaga penting majalah Pengasuh
Beliau adalah tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama. Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan lima tahun di Mesir.
Beliau membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di samping mengajar, Tok Kenali juga aktif dalam penulisan.
Gandingan ulama dan umara
Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan.
Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat.
Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar) Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Nik Mahmud Ismail sering berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran.
Beliau pernah bertanyakan Tok Kenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju.
Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali.
Bagindalah yang memerintahkan Tok Kenali menterjemah kitab induk Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.
Mengajar di Masjid Muhammadi
Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, Tok Kenali juga mengajar di Masjid Muhammadi.
Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar).
Sejak itu, pondok-pondok kecil didirikan dengan banyak di sekeliling masjid itu yang didiami pelajar-pelajar yang datang serata negeri di Tanah Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur ketika itu.
Sumber: Utusan Online

Pas tentang penganjuran Seksualiti Merdeka 2011
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Dewan Pemuda Pas sekali lagi bertegas dalam isu moral apabila sayap parti Pas itu bangun menentang penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 kerana jelas ia bertentangan dengan syariat, adab susila dan fitrah manusia.
Selain itu kata Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia program itu juga berlawanan dengan akhlak Islam.
Sementara itu beliau di dalam ruangan facebooknya yang kemudian dihubungkan kepada Harakahdaily mahu penganjur dan penyokong program tersebut agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka itu.
‘‘Pihak terbabit harus sedar bahawa gaya hidup seperti itu akan berhadapan dengan kemurkaan Allah SWT serta membuka pintu kepincangan sosial dan budaya di negara ini,’’ katanya di http://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/, hari ini.
Beliau mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung semalam hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.
Nasrudin berkata, Islam mempunyai pandangan sendiri dalam isu hubungan sejenis dan Dewan Pemuda akan berpegang teguh dengan ketetapan yang telah ditentukan.
Islam katanya adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan.
‘‘Perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasangannya perempuan yang bukan mahramnya,’’ ujarnya.
Manakala beliau berkata, perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.
Dalam perkembangan sama kata Nasrudin sekilas pandang pihak terlibat sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.
‘‘Oleh itu mereka tidak lagi teragak-agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka.
‘‘Sungguhpun begitu Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri berhubung perkara ini dan kami akan berpegang teguh dengan syariat yang telah ditetapkan,’’ katanya.