Showing posts with label Program Agama. Show all posts
Showing posts with label Program Agama. Show all posts

Save Syria Free Gaza


Perhatian kepada manusia yang di hatinya masih ada perasaan ambil berat pada saudara kita di Syria, Palestin dan di mana saja.


Jom pakat ramai-ramai ke Shah Alam. Semoga apa yang kita usahakan ini akan dihitung Allah sebagai pahala demi membantu saudara kita di sana. Amin...Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Ogos 2012

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Berikut merupakan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Ogos 2012 sahaja. SubhanAllah, cuba korang tengok jadual ni, setiap hari tuh UAI punya kuliyah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki da'ie Allah ini. Semoga bermanfaat.


Sumber: Ustazazhar.net

Ramadhan Bersama Huffaz: 14 Ogos 2012 Shah Alam

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

HALUAN dengan kerjasama rakan-rakan NGO dan masyarakat prihatin sekali lagi membawa para huffaz dari Palestin untuk bersama2 menghayati Ramadhan. Dengan kehadiran mereka dalam solat tarawih dan majlis2 perkongsian pengalaman dan maklumat, mudah-mudahan kita dapat merasai dan menginsafi saudara2 kita yang menderita dan memerlukan keprihatinan kita di sini.


Melalui program ni, diharapkan masyarakat Malaysia dapat rebut peluang menghulurkan sumbangan kepada mereka. Semoga sumbangan dan doa ikhlas kita akan menjadi saham yang baik di ahirat kelak dan dilipatkan ganjaran sempena Ramadhan yang mulia ini.

Majlis akan berlangsung pada 14 Ogos 2012 (Selasa) di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Haluan atau Jadual Huffaz di Malaysia

Daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah. Baginda SAW lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan untuk bertadarus (mengulang-ulang) al-Qur`an dengan Rasulullah SAW. Baginda pada ketika itu lebih pemurah dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan. (al-Bukhari, no: 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308).

Huffaz: Para huffaz dipilih berdasarkan kelulusan dan kemahiran dalam ilmu qiraat al-quran yang mutawattir. Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka iaitu Dr. Mahir Hasan al Munajjid berkelulusan ijazah Qiraat 10 yang mutawattir dari Syeikh Muhammad Toha Sukkar dan juga PhD dalm Usul Fiqh. Beliau juga merupakan ahli tetap lajnah al-quran di Kementerian Waqaf, ahli lajnah pemerhati mashaf dan ahli lajnah ujian pengijazahan al-quran di Syria. Lain-lain huffaz merupakan pensyarah, pengajar al-quran dan juga pelajar universiti.

Sumber: HALUAN