Assalamualaikum dan selamat tengah hari
Ini kisah anak kepada Lamborghini..a.k.a Lamo Jr.
Guo (50s), seorang petani di Zhengzhou, WIlayah Henan China telah mencipta sebuah kereta replika Lamborghini. Beliau telah menghabiskan masa selama 6 bulan dan membelanjakan sekurang-kurangnya 5,000 yuan (RM2700) untuk menghasilkan kereta mini tersebut yang berukuran 2-meter-panjang, 1 meter-lebar. Beliau menyatakan bahawa "Lamborghini" tersebut merupakan hadiah untuk cucunya. Replika tersebut diperbuat daripada logam dan bahagian-bahagian dari basikal elektrik, dilengkapi dengan horn, stereo dan 5 set bateri dan boleh melakukan perjalanan sejauh 37 batu apabila dicas sepenuhnya.
Sumber: Yahoo News
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Al-kisah Tukar Tayar Gugu
Ini lah semangat nak balik kampung..hoho tak lah. Al-kisahnya persediaan nak balik kampung. Dok sibuk la mencari kedai tayar. Tayar Gugu pun dah hampir botak (actually dah botak pun). Tanya En.Google, aku jumpa beberapa kedai tayar yang populer di Selangor.
Ohh sebelum tu aku pilih Continental ComfortContact-5 175/65R14. Kenapa aku pilih tayar brand ni? Sebab aku baca kat forum, otai-otai kete suggest Continental CC5 nih senyap and smooth. Lagipun masih dalam budget aku. Aku shortlist kan kepada 2 kedai je.
1. QS Tyres & Auto Service Address:
No. 32, Lorong Bendahara 37,
Taman Sri Indah Off Jalan Sungai Jati, 41200 Klang
Phone No: 03-51611537
Fax No: 03-51611537
Mobile No: 012-2788177 (Mr. Ong)
Email: tyres.qs@gmail.com
Business Hours: Mon – Sat (8.30am-7.00pm) /Sun (8.30am-5.00pm)
Aku jumpa QS Tyres ni kat laman web Lelong.com. Dia buat stock clearance. Dia offer RM155/tayar+free balancing.
2. Hin Leong Tyre Services S/B (a.k.a Kedai Papan)
134&136, Jalan Kapar, 41400 Klang,
41400 Klang Selangor
03-3343 9100
Yang ni aku jumpa dalam kebanyakan forum. Depa kata memang affordable dan murah. Namun ade gak forum-forum yang kata kedai ni tak berapa best and problematic. Aku pun tak tau. Kedai papan offer RM??? Kenapa tak ada harga? Aku dok call banyak kali tak pernah di angkat. So frust kat situ. hehehe
3. Kedai EN. Calvin (kawan aku suggest)
Kedai ni dekat pekan Meru, sebelah kedai Brothers.
5km dari simpang 4 Meru.
Calvin hp: 019-2828399
Kedai ni dia offer RM158+Free alignment. Lagipun si Calvin ni agak peramah orangnya, kerja pun cepat siap+dekat dengan rumah. So aku pilih la tukar tayar di kedai si Calvin nih.



