Zoom..Tiba-tiba

Aku seorang yang tidak suka memakai cermin mata. Agak rimas apabila memakainya. Tapi apakan daya...budak rabun. Satu hari tu nak cerita, cermin mata entah ke mana. Aku tengah dok mengemas rumah dan tiba-tiba ternampak satu tompok hitam di dinding. 


Mata pun dok meng-zoom tompok hitam itu dengan tujuan untuk kenalpasti kesan kotoran apakah lalu nak mencucinya. Dekat punya dekat...sungguh tak aku sangka.Ya Allah!!

cicak.

Menggelupor melarikan diri dengan gear reverse 280 kilometer per jam. Tekojut den. Allahurabbi. Ini lah akibatnya tak pakai cermin mata ketika mengemas rumah. 

Morale of the story, mata tak mampu mengaplikasi fungsi zoom.

Mimpi Terhebat

Orang kata mimpi tu mainan tidur. Actually, seronok sebenarnya tengok orang sedang bermimpi ni. Terutamanya bila tengok anak sendiri mimpi, kelakar pun ada. Dengan muka serius, sambil tangan terkapai-kapai..


Wahh..apalah yang dimimpikan tu..Kena kejar kucing atau kena tinggal??.

Dan paling suka kalau tengok anak-anak bermimpi sambil tersenyum. Kita yang tengok ni pun rasa senang hati.

Wahh..apalah yang dimimpikan..dapat makan ice cream kah??

Cakap pasal mimpi, saya berpendapat, tidak ada mimpi yang hebat dan setanding dengan mimpi bertemu Rasulullah SAW..

Tapi bukan semua mempunyai peluang hebat seperti itu bukan? Insan-insan terpilih je. Beruntungnya manusia-manusia terpilih ni kan?

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku. (Shahih Muslim No.4206)
Jika Rasulullah SAW mucul di dalam mimpi kalian, apa yang kalian harapkan?

Iman Luar Biasa

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “Siapakah yang paling luar biasa imannya?”

Para sahabat menjawab, “Malaikat, ya Rasulallah.”

Balas Rasulullah, “Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, “Para nabi, ya Rasulallah.”

Rasulullah berkata, “Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “Kalau begitu, kamilah yang paling beriman.”

Jawab Rasulullah, “Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, “Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”


Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “Sesungguhnya, aku rindukan mereka….”

Sumber: Ustaz Riduan Mohamad Nor

RAHSIA Servis Laptop

Apabila kita membeli laptop, setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai poin jualan.

Namun begity, hampir tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul. Baru tersedar bukan?

Jom kita berkongsi rahsia yang semua kedai komputer tak ingin anda tahu berkenaan servis laptop. At least anda boleh buat sesuatu.

Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.
  • 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard
  • 7% dari masalah motherboard berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh
  • 93% dari kerosakan motherboard  ini berpunca dari tidak servis laptop

Apa Itu Servis Laptop?
Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan

Mengapa Ia Perlu Dilakukan?

Sama seperti kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang tinggi. Kipas yang menjadi sistem penyejukan, lama kelamaan akan memerangkap habuk.

Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).

Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700 manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000.

Apakah Thermal Paste?

Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas dan sistem penyejukan. Lama kelamaan, thermal paste akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.

Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?

Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.

Kesimpulan

  • Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
  • Haba adalah musuh utama laptop.
  • Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
  • Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
Sumber: MajalahNiaga

Empangan Sungai Selangor Hanya Berbaki 29 Hari

Ini kisah catuan air.


Menurut sumber berita, kerajaan Selangor akan meneruskan catuan air berikutan paras air di Empangan Sungai Selangor berada pada tahap kritikal dan bekalan air yang ada hanya mampu bertahan 29 hari lagi.

Berikutan itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) sedang giat meneroka kolam-kolam bekas lombong terutama di kawasan lembangan Sungai Selangor bagi tujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor.

Pada masa yang sama, LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam sekitar Empangan Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.

Selain itu, kaedah pembenihan awan dikenali sebagai 'royal rain making technology' juga akan digunakan untuk mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di negeri ini.

Kerajaan menjangka usaha-usaha ini akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 JLH (juta liter sehari) air mentah dan jika petunjuk pelaksanaan positif dalam tempoh seminggu, kerajaan negeri bersedia mengkaji semula keputusan catuan air ini.

Sumber: AstroAwani

Time macam ni lah baru sedar betapa pentingnya air dan time ni jugak lah harga tong-tong air, baldi dan seangkatan dengannya mencanak naik. Nasib-nasib. Setiap hari dok tadah air...Boleh terkena musculosketal disorder pasni. Apa-apa pun, sediakan lah besen sebelum hujan.